Saturday, August 30, 2008

Tag From Ain, SL Dan Ucapan From Zira

Ucapan Ini Pula Dari Zira. Malu Kak Lin Nak Ambil Dari Fotopages Dia....Tetapi Dah Di Suruh Ambil Kena Ambil Jugalah....Kalau Tak Kecik Hati Pulak Dia.....Salam Ramadhan Juga Daripada Kak Lin Dan Terma Kasih Banyak2......Muaaaaaaaaaaaaaahhhhhh. Ingatan Mu Akan Tetap Kak Lin Kenang.


Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, Was Will Always Me, Sweetlilly's kitchen,kak lin's gallery

Ni Arahan Nya…

1. Copy Gambar Kat Atas Tu Dan Post Kat Blog Kalian

2. Teruskan Mencari Mangsa Seramai 5 Org..(Nak Lebih Pun Takpe)

3. Setelah Mengenalpasti Mangsa Yg Sesuai, Sila Tinggalkan Pesanan Di Blog

Mereka

4. Lastly, Jgn Lupa Tempek Url Kalian Sebelah Url Kaklin Tuh...


Kak Lin Telah Menerima Tag Ini Daripada Ain Dan SL. Seterusnya Kak Lin Nak Bagi Tag Ni Kepada 5 Orang Sahabat Kak Lin.....Mereka-Mereka Yang Terpilih Adalah Seperti Berikut:-


1. Mamasya
2. Zira
3. Mamaera
4. Hajar
5. Aishah




Friday, August 29, 2008

Ramadhan Yang Merdeka

Assalamualaikum.....

Dikesempatan Ini Kak Lin Ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang Mulia....Semoga Puasa Dan Amalan Kita Senantiasa Terperlihara Agar Di Berkati Oleh Allah Hendaknya.....Aminnnn

Sebelum Itu Kak Lin Ingin Memohon Ampuan Dan Maaf Kepada Semua Sahabat-Sahabat Kak Lin Baik Di Blog Mahupun Di Fotopages Dan Rakan-Rakan Rapat Kak Lin Jikalau Ada Salah Dan Silap Kak Lin. Al Maklumlah Kita Ni Manusia Biasa Yang Tak Lari Daripada Melakukan Kesalahan Atau Kesilapan Samaada Sengaja Atau Pun Tidak Maafkan Kak Lin Dunia Akhirat.

Ramadhan penghapus dosa di antara dua Ramadhan. Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda :
"Solat yang lima, dan Juma'at ke Juma'at berikutnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa-dosa diantaranya, jika dosa-dosa besar dijauhi."
( H.R. Muslim )


Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 51 Kak Lin Ingin Mengambil Kesempatan Disini Untuk Mengucapkan Salam Kemerdekaan Untuk Sahabat-Sahabat Kak Lin Di Blog Dan Fotopages.

Marilah Kita Sama-Sama Berdoa Semoga Negara Kita Maju Dan Makmur Senantiasa Demi Generasi Yang Akan Datang....Semoga Mereka Juga Akan Dapat Merasai Kenikmatan Dan Kemakmuran Yang Kita Rasai Selama Ini......Aminnnn. Jom Nyanyi......Hehehehe


Merahmu Bara Semangat Waja
Putihmu Bersih Budi Pekerti
Kuning Berdaulat Payung Negara
Biru Perpaduan Kami Semua

Puncak Dunia Telah Kau Tawan
Lautan Luas Telah Kau Redah
Membawa Semangat Jiwa Merdeka
Semarak Jaya Kami Warganya

Empat Belas Melintang Jalurnya
Semua Negeri Dalam Malaysia
Satu Suara Satu Semangat
Itu Sumpah Warga Berdaulat

Jalur Gemilang... Di Bawah Naunganmu
Jalur Gemilang... Kami Semua Bersatu
Perpaduan Ketaatan
Amalan Murni Rakyat Malaysia
Jalur Gemilang... Megah Kami Terasa
Jalur Gemilang... Kibarkanlah Wawasan
Merah Putih Biru Kuning
Jalur Semangat Kami Semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur Gemilang

Wednesday, August 27, 2008

Mee Rebus Dan Award From Aishah

Assalamualaikum....
Award Ini Kak Lin Terima Daripada Aishah Terima Kasih.....Terima Kasih Dan Terima Kasih...Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Selamanya Walaupun Hanya Di Cyber.

Kak Lin Hadiahkan Pula Award Ini Kepada Mereka-Mereka Yang Kak Lin Sayangi..Agar Beliau Dapat Menjadikan Award Ini Sebagai Perhiasan Di Blog Atau Fp Beliau.


1) Ain
2) CikWan
3)
Zar
4) SL
5) Nur


Hari Sabtu Minggu Lepas Kak Lin Menerima 3 Orang Tetamu. Seorang Adik Angkat Kak Lin Yang Masih Belajar Di Trengganu.....Osri Dan Seorang Lagi Ajib Adik Angkat Kak Lin Yang Berada Disini Datang Dengan Kawannya Untuk Programkan Semula Komputer Kak Lin. Kak Lin Hidangkan Mereka Dengan Mee Rebus. Ringkas Dan Mudah Kot.....Hehehehehe

Sebenarnya Adik Angkat Kak Lin Yang Belajar Di Trengganu Tu Nak Balik Semula Ke Sana Setelah Habis Cuti Selama Seminggu. Jadinya Kak Lin Nak Kirimkan Biskut Semprit Untuk Ida Natrah Sebab Kak Lin Dah Janji Dengan Ida Natrah Kalau Kak Lin Ke Trengganu Kak Lin Akan Bawakan Biskut Semprit Kegemarannya.

Walaupun Kak Lin Tak Dapat Datang Kesana Tapi Idah Natrah Dah Dapat Merasai Biskut Semprit Yang Kak Lin Kirimkan......Terima Kasih Osri. Budimu Akan Tetap Di Kenang.




Bahan-Bahan:-


1 Kilo Mee Kuning
300 Gram Udang
5 Biji Cili Merah – Di Hiris
3 Keping Tahu Goreng – Di Hiris
3 Biji Telor Rebus – Di Belah 2
5 Biji Limau Kasturi
- Sedikit Taugeh
- Bawang Goreng
- Daun Bawang – Di Hiris


Bahan Kuah:-

5 Buku Keledek – Di Rebus Di Kisar Dengan Air
300 Gram Udang Kering – Di Kisar
100 Gram Serbuk Kari Daging
10 Biji Cili Kering
8 Ulas Bawang Putih
3 Batang Serai
1 Inci Halia


Cara Menyediakannya:-

Mee Di Bersihkan Dan Di Celur Dengan Air Panas. Kak Lin Masak Air Panas Tuangkan Di atas Mee. Cili Kering, Bawang Putih, Serai Dan Halia Di Kisar Kemudian Tumis Hingga Garing.

Masukkan Udang Kering Dan Serbuk Kari Daging. Masak Lagi. Akhir Sekali Masukkan Pula Air, Keledek Kisar, Udang, Garam Dan Gula. Biarkan Mendidih.

Masukkan Mee Ke Dalam Mangkuk, Bubuh Taugeh, Tahu, Telor Rebus, Bawang Goreng, Daun Bawang Dan Limau Kasturi. Tuangkan Kuah Diatasnya.



Tuesday, August 26, 2008

Berkelah Di Ulu Yam-Award-Tag

Assalamualaikum.....Selepas Daripada Membuat Lawatan Di LGM.....Kak Lin Sekeluarga Dan Adik Angkat Kak Lin Pergi Berkelah Di Ulu Yam.....Mandi Manda Di Air Terjun.....Tapi Kak Lin Tak Mandi Ler.....Sejuknya.....Lagi Pun Masa Tu Baru Lepas Hujan....Budak-Budak Ni Bukan Kira Pun Sejuk Ke Tidak.... Terus Terjun Jer.....Lebih Kurang Satu Jam Budak-Budak Ni Berendam....Masing-Masing Dalam Kesejukkan......Kami Pun Berangkat Balik Ke Sungai Buloh.

Ini Pula Award Daripada Mamasya......Terima Kasih Mama Kerana Mama Selalu Mengingati Diri Ini.....Terharunya.....Ahakss. Semoga Persahabatan Yang Kita Bina Dengan Rasa Keikhlasan Akan Berterusan Hendaknya Sepanjang Hayat.....Amin.

Award Yang Cantik Ini Kak Lin Hadiahkan Kepada Teman-Teman Tersayang Yang Baik Hati Dan Selalu Singgah Di Blog Kak Lin.

Nama-Nama Yang Tersenarai Di Bawah Sila Datang Untuk Mengambil Award........Kak Lin Sayang Anda Semua.......Muaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh.

1. Bal
2. Ain
3.CikWan
4.Aishah
5.Izan


Ini Pula Tag Daripada Zira......Kak Lin Dah Jawab Semua Soalan-Soalan Yang Di Berikan.....Ada Betul Ka Semua Jawapan Tu......Cikgu Zira? Ahakss Kak Lin Pun Suka Melawat Fotopages Zira Cantik.....Masakannya Pun Sedap-Sedap.......Tapi Kak Lin Tak Pernah Rasa Lagi......Bila Laaa Agaknya Kak Lin Dapat Rasa Masakan Zira? Pos Boleh Ke? Ahakss

RULES
The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you've posted your answer.
So now, on to the questions...


1) What were you doing 5 years ago?
> Tak Ingat Ler….Dah Lama Tu…. Tahun 2003


2) What are 5 things on your to-do list for today?
>>Bangun Pagi Kemas Rumah
>>Kalau Rajin Masak Kalau Malas Beli
>>Perkara Wajib Setiap Hari – Tengok Kerja Sekolah Anak
>>Tengok Email Dan Edit Blog
>>Menjahit Baju


3) What are 5 snacks you enjoy?
>>Suka Makan Kuaci
>>Suka Makan Kerepek Ubi Pedas
>>Sukan Makan Keropok Ikan
>>Suka Makan Kacang
>>Suka Makan Rempeyek


4) What are five things you would do if you were a billionaire?
>>Bawa Keluarga Menunaikan Fardhu Haji
>>Zakat
>>Sedekah Pada Fakir Miskin
>>Buat Simpanan Untuk Masa Depan
>>Buat Rumah Besar Untuk Keluarga


5) What are five jobs you've had?
>>Pernah Kerja Kerani Akaun – Sykt Perumahan
>>Pernah Kerja Kerani Akaun – Sykt Pembalakan
>>Pernah Menjadi Pengurus Kewangan – Firma Guaman
>>Pernah Menjadi Pembantu Akauntan - Firma Guaman
>>Pekerjaan Sekrg – Berkaitan Dengan LHDN…



Pada Sahabat-Sahabat Tersayang Yang Ingin Menjawab Tag Ini Untuk Di Pastekan Di Blog Dan Fotopages Masing-Masing Silakan Yer. Untuk Zira Terima Kerana Sudi Tag Kak Lin....Daripada Tag Ini Kita Dapat Tahu Sedikit Sebanyak Tentang Latarbelakang Sahabat Kita.


TERIMA KASIH MAMASYA DAN ZIRA!!!



Saturday, August 23, 2008

Lawatan Ke LGM Bhg 3

Assalamualaikum.....
Seterusnya Kak Lin Pergi Ke Bahagian Membuat Gubahan Bunga Daripada Kepingan Getah. Di Bahagian Ini Ada Dua Orang Pekerja Yang Sedang Menjalankan Tugas.

Inilah Kepingan-Kepingan Getah Yang Di Gunakan Untuk Membentuk Kelopak Bunga.

Ini Pula Diantara Bahan Yang Di Gunakan Untuk Mengubah Bunga Dan Gubahan Bunga Yang Belum Siap.

Inilah Diantara Bunga-Bunga Yang Telah Siap Di Gubah.

Ini Pula Bahan-Bahan Yang Di Gunakan Untuk Membuat Bekas Pensil Dan Permainan Kanak-Kanak

Inilah Diantara Permainan Kanak-Kanak Yang Di Hasilkan Dengan Menggunakan Getah.

Tamatlah Sudah Lawatan Kak Lin Ke Lembaga Getah Malaysia Di Sungai Buloh. Selepas Ini Jumpa Kak Lin Di Ulu Yam.....Kak Lin Membawa Anak-Anak Kak Lin Berkelah Di Sana......Ikuti Post Seterusnya......Insya Allah

Friday, August 22, 2008

Lawatan Ke LGM Bhg 2

Assalamualaikum.....Seterusnya Setelah Kak Lin Melawat Kilang Membuat Tayar Kak Lin Merayap Pula Ke Bahagian Membuat Sarung Tangan.....Dukacitanya Kerana Bahagian Tersebut Tidak Beroperasi Seperti Biasa Memandangkan Sebahagian Daripada Pekerja-Pekerja Yang Terlibat Berada Di Serdang Sempena MAHA 2008.

Inilah Sarung Tangan Yang Siap Di Proses Dengan Menggunakan Getah. Di Mana Barangan Getah Adalah Salah Satu Daripada Hasil Export Utama Malaysia.

Inilah Diantara Mesin-Mesin Yang Di Gunakan Untuk Membuat Sarung Tangan. Apabila Sarung Tangan Siap Di Proses.....Kita Akan Tarik Daripada Acuan Yang Di Gunakan.

Kak Lin Suka Membawa Anak-Anak Melawat Ketempat-tempat Begini.....Biar Dia Orang Tahu Bagaimana Susahnya Mereka-Mereka Yang Bekerja Di Kilang Untuk Mencari Rezeki Yang Halal.

Di LGM Ini Juga Ada Doctor-Doctor Yang Di Tugaskan Untuk Membuat Uji Kaji Berkaitan Dengan Getah Dan Juga Tanaman-Tanaman Lain.

Post Seterusnya......Di Mana Pula Kak Lin Berada........Jom Tengok......


Thursday, August 21, 2008

Lawatan Ke LGM Bhg 1

Assalamualaikum.....Perancangan Awal Cuti Sekolah Adalah Percutian Ke Kuala Trengganu Tetapi Disebabkan Angah Pulang Daripada Asrama Iaitu Pada Hari Ahad Kerana Angah Dikehendaki Mengikuti Kelas Gerak Gempur Untuk Peperiksaan Sijil Rendah Agama Maka Percutian Ke Kuala Trengganu Terpaksa Di Batalkan.

Along Pula Pulang Ke Asrama Pada Hari Ini Memandangkan Pada Keesokkan Harinya Along Di Kehendaki Mengikuti Kelas Tuisyen Untuk Peperiksaan Sijil Menengah Agama. Oleh Itu Kak Lin Pergi Bercuti Ke Sungai Buloh Menginap Di Rumah Adik Angkat Kak Lin Yang Berkerja Di Lembaga Getah Malaysia. Semasa Berada Disana Kak Lin Mengambil Kesempatan Untuk Melawat Lembaga Getah Malaysia.


Kami Mengunjungi Pusat Pameran LGM Tetapi Tidak Di Benarkan Untuk Mengambil Gambar Semasa Berada Di Dalam Bilik Pameran Tersebut.

Kemudian Kami Melawat Ke Bahagian Kilang Barangan Getah....Macam-Macam Barangan Yang Di Hasilkan Disini Diantaranya Tayar, Bunga, Bekas Pensil, Sarung Tangan, Permainan Kanak-Kanak Dan Lain-Lain Lagi.

Diantara Mesin-Mesin Yang Di Gunakan Untuk Membuat Tayar. Tak Semua Gambar Ini Kak Lin Ambil Memandangkan Kamera Kak Lin Habis Bateri.....

Tayar Yang Telah Siap Di Proses Di Uji Ketahanannya Dengan Menggunakan Mesin Ini. Jika Ada Tayar Yang Mengalami Kerosakan Kadang Kala Tayar Tersebut Boleh Meletup........Pada Sesiapa Yang Melatah Tak Bolehlaaa Bekerja Di Bahagian Ini Ahakss


Inilah Tayar Yang Telah Siap Di Proses....Semua Jenis Tayar Di Proses Di Sini Termasuklah Tayar Kapal Terbang.

Ikuti Post Yang Akan Datang.....Untuk Mengetahui Ke Bahagian Mana Pulak Kak Lin Merayap Heheheheh



From Izan

Assalamualaikum Izan....Terima Kasih Bagi Kak Lin Award Ni....Cantik.....Award Ni Akan Kak Lin Serahkan Kepada Yang Berkenaan:-

1. Mamasya
2. Zira
3. MamaFami

Nama-Nama Yang Telah Disenaraikan Sila Hadir Untuk Mengambil Award Ini.


TERIMA KASIH IZAN!!!

Monday, August 18, 2008

Happy Birthday Adik


"SELAMAT HARI LAHIR ADIK!"

Anak


Anak Ku Yang Tercinta

Jika Kamu Alim Jadilah Obor Seluruh Alam
Jika Kamu Jahil Bernaunglah Di Bawah Cahaya
Jika Kamu Kaya Bantulah Pada Yang Miskin
Jika Kamu Miskin Berbanggalah Untuk Keredhaan Tuhan Mu
Hindarlah Dari Meminta-Minta Supaya Terpelihara Keizzahan Mu
Biarlah Kamu Miskin Dengan Tuhanmu
Tetapi...
Kaya Dengan Budi Bahasamu


Jika Kau Saudagar
Jauhilah Riba Betulkan Timbangan
Berbuat Adillah Dalam Berjual Beli
Jika Kamu Perlu Mintalah Kepada Tuhanmu
Agar Manusia Tidak Menghinamu
Jika Pemimpin Jadilah Payung Kepada Umatnya
Rendahkan Sayapmu Jika Kamu Dipimpin
Serahkanlah Kepada Kebijaksanaan Ketuamu


Jika Kamu Pejuang
Banyakkan Mengingati Tuhanmu Hadapilah Musuh
Jangan Melampaui Balasan-Batasannya
Jika Kamu Menderita, Tersiksa Berserahlah Kamu Itu Tanda 'Basyar' Dari Tuhan
Kerana Tuhan Kasih Padamu
Kasih Tuhan Itu Lebih Dari Kasih Seorang Ibu Kepada Anaknya



Friday, August 15, 2008

Siakap Masam Manis


Bahan-Bahan:-

1 Ekor Ikan Siakap
2 Sudu Besar Tepung Jagung - Di Bancuh Dengan Sedikit Air
4 Sudu Besar Sos Ikan
2 Sudu Kecil Serbuk Lada Hitam


Untuk Sos:-

8 Sudu Besar Air Di Bancuh Dengan 2 Sudu Besar Tepung Jagung
6 Sudu Besar Sos Tomato 1 Biji Bawang Besar – Di Hiris Bulat
1 Sudu Gula Pasir
½ Nenas Dalam Tin
- Garam Secukup Rasa


Cara Menyediakanya:-

Ikan Disiang Dan Di Bersihkan. Gaul Dengan Sos Ikan Dan Serbuk Lada Hitam Serta Garam. Kemudian Di Celup Kedalam Tepung Jagung Yang Telah Di Bancuh Dengan Air Kemudian Goreng Hingga Garing.

Panaskan Minyak Kemudian Tumis Halia Hingga Naik Baunya. Masukkan Air Yang Telah DiBancuh Dengan Tepung Jagung, Sos Tomato, Gula, Nenas, Bawang, Dan Garam. Biarkan Mendidih.


Bila Hendak Menghidangkan Baru Tuang Sos Tersebut Ke Atas Ikan Dan Di Tabur Dengan Daun Bawang.

Thursday, August 14, 2008

From Ain

Assalamualaikum..... Award Yang Comel Ni Kak Lin Terima Daripada Ain. Rasa Nak Peluk Jer Bear Ni.....Hehehehe.....Tapi Award Ni Kak Lin Nak Kongsi Dengan Teman-Teman Tersayang....
Nama-Nama Sahabat Tersayang Yang Tersenarai Di Bawah Ini......Sila Ambil Award Ini Untuk Di Jadikan Perhiasan Di Rumah Kalian.

1. SL
2.
MamaFami
3.
MaDiHa
4.
Aen
5.
Dayang



TERIMA KASIH AIN!!!







Saturday, August 9, 2008

Mihun Goreng Putih

Assalamualaikum.....
Kak Lin Suka Mihun Goreng Putih Ni Bubuh Cili Padi....Tapi Tidaklah Terlalu Pedas.....Kak Lin Berangan Dalam 2 Minggu Kak Lin Cuba Nak Berpantang Nasi.....Al-maklumlah Nak Kuruskan Badan Tetapi Baru Jer 3 Hari Tak Makan Nasi Rasa Badan Dah Mengigil....Huhuhuhu....


Bahan-Bahan:-

½ Bungkus Mihun
15 Ekor Udang
30Gram Daging – Potong Kecil
10Tangkai Cili Padi
2 Labu Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
1 Batang Lobak Merah
2 Tangkai Cili Hijau – Di Hiris
50 Sen Taugeh
- Sedikit Daun Kucai


Cara Menyediakannya:-

Mihun Direndam. Kemudian Di Toskan. Bawang Putih, Bawang Besar Dan Cili Padi Di Kisar.

Panaskan Minyak Tumis bahan Kisar Hingga Naik Baunya. Kemudian Masukkan Udang, Daging Dan Garam. Tambah Sedikit Air Agar Daging Cepat Empuk. Apabila Daging Sudah Empuk Masukkan Mihun Gaul Lagi Hingga Rata.

Apabila Telah Rata Masukkan Lobak Merah, Taugeh, Lada Hiris Dan Daun Kucai. Angkat Dan Hidangkan.

Friday, August 8, 2008

Award From Bal Dan Aishah


Assalamualaikum......Hari Ni Berseri-seri Kak Lin Pakai Baju Cantik-Cantik Untuk Menerima Award Daripada Bal Dan Aishah....Ahakss.....Terima Kasih Bal......Terima Kasih Aishah...Kerana Kalian Berdua Sudi Bagi Award Ni Pada Kak Lin. Kak Lin Begitu Terharu Dengan Pemberian Ini. Nak Ku Nangis Tak Berair Mata....Muhahaha

Kak Lin Juga Ingin Memberikan Award Ini Kepada Rakan-Rakan Kak Lin Yang Lain Untuk Sama-Sama Kongsi Kegembiraan Ini. Anatara Rakan-Rakan Yang Telah Terpilih Adalah Seperti Berikut:-

1. Zira
2. Nur
3. Cik Wan
4. Izan
5. Kak Liza


Pada Mereka-Mereka Yang Namanya Telah Dinyatakan Seperti Diatas Sila Datang Berkunjung Kerumah Kak Lin Untuk Mengambil Award Tersebut.




TERIMA KASIH BAL & AISHAH!!!





Thursday, August 7, 2008

Urap Bemi

Mesti Pelik Dengar Nama Sayur Ni.....Ahakss. Sebenarnya Cina Panggil Sayur Ni "Tiu Miu" Dan Orang Melayu Panggil "Bemi". Kak Lin Ni Kalau Ada Urusan Di Muar Selalu Singgah Makan Kat Kedai Asam Pedas Jalan Jonet, Muar. Kat Situ Pun Ada Jual Urap Sayur Bemi Ni.

Ayah Wati Rakan Sepejabat Kak Lin Pun Bila Ke Muar Suka Singgah Ke Kedai Asam Pedas Tu. Ayahnya Suka Makan Asam Pedas Dan Urap Sayur Bemi Ni. Satu Masa Tu Dia Suruh Wati Masak Urap Sayur Bemi Tu.....Almaklumlah Nak Selalu Ke Muar Tu Jauh. Wati Minta Resepi Urap Bemi Ni Daripada Kak Lin. Sibuk Punya Pasal Sampai Lupa Nak Beri.

Tempohari Kak Lin Pergi Super Market Ternampak Sayur Bemi Ni Dan Teringat Wati Ada Minta Resepi Nak Masakkan Untuk Ayahnya. Petang Tu Jugalah Kak Lin Masak Urap Bemi Ni Dan Hantarkan Kerumahnya. Alhamdulilah Mereka Kata Sedap......Seronoklaaa Bila Kak Lin Dengar Wati Kata Ayahnya Makan Bertambah-tambah.

Lepas Tu Wati Kata Ayahnya Suruh Dia Masak Macam Yang Kak Lin Masak. Inilah Resepinya Silalah Cuba.


Bahan-Bahan:-

1 Peket Bemi
1 Genggam Ikan Bilis
6 Biji Bawang Kecil
10 Biji Cili Padi
½ Biji Kelapa Parut
- Sedikit Belacan
- Sedikit Garam
- Sedikit Gula


Cara Menyediakannya:-

Bemi Di Basuh Bersih Dan Di Toskan. Goreng Ikan Bilis, Bawang, Cili Padi Dan Belacan Satu Persatu Dengan Menggunakan Minyak.

Tumbuk Semua Bahan Goreng Sampai Lumat. Kemudian Di Gaulkan Dengan Kelapa Parut. Masukkan Garam Dan Gula. Panaskan Kuali Dan Sangai Kelapa Yang Telah Digaul Tadi Hingga Airnya Kering. Jangan Guna Minyak.

Kemudian Angkat Kelapa Tadi Dan Gaulkan Dengan Sayur Bemi.




Award From SL

Assalamualaikum...
Terima Kasih Kak Lin Ucapkan Kepada SL Kerana Terfikir Untuk Menghadiahkan Kepada Kak Lin Award Yang Cantik Ini. Terharu Kak Lin Menerimanya Kerana Masih Ada Orang Yang Mengingati Diri Ini......Ceh Wah!. Walaupun Kita Tidak Mengenali Antara Satu Sama Lain Tetapi Kak Lin Harap Perhubungan Dan Persahabatan Yang Kita Jalinkan Di Blog Ini Akan Berterusan Hingga Ke Akhir Hayat....Aminnnn.


Boleh Dikatakan Semua Rakan-Rakan Kak Lin Baik Di Blog Mahupun Di Fotopages Yang Layak Menerima Award Ini....Tetapi Kak Lin Tak Boleh Nak Beri Pada Semua...Kena Cabut Undi Dulu.....Ahakss. Mereka-Mereka Yang Telah Terpilih Adalah Seperti Berikut:-


1. Mamasya
2. Mamaera
3. Aishah
4. Hajar


Pada Mereka-Mereka Yang Namanya Telah Di Listkan Silalah Berkunjung Ke Blog Kak Lin Untuk Mengambil Award Ini.


~TERIMA KASIH~



Wednesday, August 6, 2008

Sup Tulang

Tempohari Abang Teringin Nak Makan Sup Tulang....Pagi-Pagi Lagi Lepas Hantar Adik Sekolah Abang Pergi Pasar Beli Tulang. Kak Lin Balik Daripada Pejabat Jam 5.30 Petang Abang Dah Siap Rebuskan Tulang Ni.....Tinggal Kak Lin Tumiskan Bahan-Bahannya Jer....Tiap-Tiap Hari Kalau Abang Tolong Masak Macam Ni Kan Ke Bagus......Wkakakaka......Ni Dah Bagi Betis Nak Peha.....Baik Punya Isteri.....Ahakss


Bahan-Bahan:-

1 Kilo Tulang Lembu
8 Ulas Bawang Putih
5 Ulas Bawang Merah
2 Inci Halia
3 Biji Kentang - Dibelah
2 Bungkus Rempah Sup Bunjut
- Sedikit Serbuk Lada Sulah
- Sedikit Daun Bawang Daun Sup – Di Hiris
- Kayu Manis, Bunga Lawang Dan Buah Pelaga
- Bawang Goreng


Cara Menyediakannya:-

Tulang Dibersihkan Dan Rebus Hingga Dagingnya Empuk Bersama Rempah Sup Bunjut. Halia, Bawang Putih Dan Bawang Merah Di Tumbuk.

Panaskan Minyak, Tumiskan Bahan Tumbuk Tadi Kemudian Masukkan Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang Dan Buah Pelaga Hingga Wangi.

Tuangkan Kedalam Periuk Yang Berisi Tulang. Masukkan Pula Kentang Dan Lada Sulah.

Setelah Mendidih Masukkan Garam, Daun Bawang Dan Daun Sup. Bolehlah Di Hidangkan.


Saturday, August 2, 2008

Sambal Tempoyak

Sekarang Ni Telah Sampai Musim Buah-Buahan.....Termasuk Durian, Manggis, Rambutan, Pulasan Dan Lain-Lain Lagi. Inilah Durian Yang Kawan Kak Lin Beri......Sampaikan Dah Tak Termakan Punyalah Banyaknya.... Ada Yang Lebih Tu Kak Lin Buatkan Tempoyak Supaya Tidak Membazir.


Sambal Tempoyak - Resepi 1


Bahan-Bahan:-

4 Sudu Tempoyak
10 Biji Cili Padi
- Sedikit Garam

Cara Menyediakannya:-

Tumbuk Cili Padi Dan Garam. Kemudian Masukkan Tempoyak Dan Di Gaul Rata. Bolehlah Dihidangkan.



Sambal Tempoyak - Resepi 2

Bahan-Bahan:-

6 Sudu Tempoyak
10 Biji Cili Padi
2 Helai Daun Kunyit - Di Hiris
1 Biji Bawang Besar - Di Hiris
- Sedikit Garam
- Sedikit Air

Cara Menyediakannya:-

Tumbuk Cili Padi Dan Garam Masukkan Ke Dalam Kuali. Kemudian Masukkan Tempoyak, Sedikit Air, Bawang Dan Daun Kunyit. Masak Sehingga Pekat. Hidangkan.

Friday, August 1, 2008

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 22




Assalamualaikum....Gambar Di Atas Ini Adalah Pemberian Daripada MamaFami. Awal Pagi Ni MamaFami Adalah Orang Pertama Yang Memberikan Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Melalui Sms Untuk Kak Lin. Terima Kasih Mama....Muaaaaaah

Sebenarnya Hari Ini 1hb. Ogos, 2008 Adalah Ulang Tahun Perkahwinan Kak Lin Yang Ke 22 Tahun. Lama Tu.... Dalam Tempoh Itu Pelbagai Dugaan Dan Cabaran Yang Kami Tempuhi Dalam Menempuh Bahtera Kehidupan Sebagai Seorang Ibu Dan Ayah Dalam Mendidih Anak-Anak Demi Kebahagian Kami Dalam Membentuk Keluarga Bahagia. Semoga Jodoh Pertemuan Kami Berkekalan Dan Di Berkati Oleh ALLAH Hingga Ke Akhir Hayat.... Aminnnn....