Thursday, August 21, 2008

Lawatan Ke LGM Bhg 1

Assalamualaikum.....Perancangan Awal Cuti Sekolah Adalah Percutian Ke Kuala Trengganu Tetapi Disebabkan Angah Pulang Daripada Asrama Iaitu Pada Hari Ahad Kerana Angah Dikehendaki Mengikuti Kelas Gerak Gempur Untuk Peperiksaan Sijil Rendah Agama Maka Percutian Ke Kuala Trengganu Terpaksa Di Batalkan.

Along Pula Pulang Ke Asrama Pada Hari Ini Memandangkan Pada Keesokkan Harinya Along Di Kehendaki Mengikuti Kelas Tuisyen Untuk Peperiksaan Sijil Menengah Agama. Oleh Itu Kak Lin Pergi Bercuti Ke Sungai Buloh Menginap Di Rumah Adik Angkat Kak Lin Yang Berkerja Di Lembaga Getah Malaysia. Semasa Berada Disana Kak Lin Mengambil Kesempatan Untuk Melawat Lembaga Getah Malaysia.


Kami Mengunjungi Pusat Pameran LGM Tetapi Tidak Di Benarkan Untuk Mengambil Gambar Semasa Berada Di Dalam Bilik Pameran Tersebut.

Kemudian Kami Melawat Ke Bahagian Kilang Barangan Getah....Macam-Macam Barangan Yang Di Hasilkan Disini Diantaranya Tayar, Bunga, Bekas Pensil, Sarung Tangan, Permainan Kanak-Kanak Dan Lain-Lain Lagi.

Diantara Mesin-Mesin Yang Di Gunakan Untuk Membuat Tayar. Tak Semua Gambar Ini Kak Lin Ambil Memandangkan Kamera Kak Lin Habis Bateri.....

Tayar Yang Telah Siap Di Proses Di Uji Ketahanannya Dengan Menggunakan Mesin Ini. Jika Ada Tayar Yang Mengalami Kerosakan Kadang Kala Tayar Tersebut Boleh Meletup........Pada Sesiapa Yang Melatah Tak Bolehlaaa Bekerja Di Bahagian Ini Ahakss


Inilah Tayar Yang Telah Siap Di Proses....Semua Jenis Tayar Di Proses Di Sini Termasuklah Tayar Kapal Terbang.

Ikuti Post Yang Akan Datang.....Untuk Mengetahui Ke Bahagian Mana Pulak Kak Lin Merayap Heheheheh



0 comments: