Thursday, September 25, 2008

Tart Nenas, Award & Tag

Anak-Anak Kak Lin Lebih Suka Tart Terap Ni Daripada Tart Gulung.


Bahan-Bahan:-


250 Gram Mentega
50 Gram Gula Aising
2 Biji Kuning Telor
1 Sudu Teh Esen Vanila
350 Gram Tepung Gandum
100 Gram Tepung Jagung
500 Gram Jem Nenas


Cara Menyediakannya:-


Pukul Mentega Dan Gula Aising Sehingga Sebati. Kemudian Masukkan Kuning Telor Dan Esen Vanila Dan Pukul Lagi.

Ayak Kedua-dua Tepung Tadi Dan Masukkan Sedikit Demi Sedikit Kedalam Adunan Mentega Tadi Kemudian Di Gaul Hingga Menjadi Doh.

Terap Dengan Menggunakan Acuan Tart Kemudian Bubuh Inti Dan Disapu Dengan Kuning Telor.

Panaskan Ketuhar Dahulu Kemudian Bakar Hingga Masak.

Ps:- Jikalau Lembik Adunan Tersebut Ditambah Dengan Tepung Gandum.


Award Ini Kak Lin Terima Daripada Reena....



Tag Ini Kak Lin Dapat Daripada Ain….Ampun Ain Terlambat Sikit Menjawabnya…..

The Rules:
* Link To Your Tagger And Post These Rules On Your Blog.
* Share 7 Facts About Yourself On Your Blog, Some Random, Some Weird.
*Tag 7 People At The End Of Your Post By Leaving Their Names As Well As Links To Their Blogs.
* Let Them Know They Are Tagged By Leaving A Comment On Their Blog.


This Is From Kak Lin


7 Facts About Me!

  • Anak Tunggal
  • Sudah Berkeluarga – Mempunyai 3 Orang Permata Hati
  • Alhamdulillah Masih Mempunyai Mak….Mak Mertua Dan Abah Mertua Telah Tiada – Al Fatihah
  • Seorang Yang Mudah Merasa Simpati
  • Peramah Ada Masa Muncung Juga Ahakss
  • Suka Membaca Novel Sampai Nangis2 Gitu
  • Senantiasa Meluangkan Masa Bersama Keluarga


Now, 7 Facts About Kak Lin, From My Point Of View...

  1. Suka Memasak – Kalau Sedap Alhamdulillah
  2. Suka Menjahit
  3. Tak Suka Gosok Baju……Tapi Kena Buat Juga…..
  4. Lipat Baju Seminggu Sekali Kalau Malas – Kalau Rajin Hari2
  5. Suka Melaram – Org Ppuanlah Katakan…..
  6. Suka Pandu Kereta Laju-Laju…..Abang Pun Tak Berani Duk Sebelah…Ahakss
  7. Suka Kalau Satu Keluarga Berkumpul – Tentu Ada Citer Kelakar


Next, I've To Tag 7 Friends Of Mine...Pada Kawan-Kawan Yang Namanya Tersenarai Di Bawah Sila Buat Homework Ni Ye...

  1. Mamasya
  2. Zira
  3. Aishah
  4. Izanman
  5. Nas
  6. Aen
  7. Bal

Tuesday, September 23, 2008

Award, Tag Dan Kad Raya Untuk Sahabat

Assalamualaikum.....
Kepada Rakan-Rakan Blog Dan Fotopages Terimalah Kad Raya Diatas Ini Daripada Kak Lin Dan Keluarga. Di Bulan Yang Mulia Ini Kak Lin Mengambil Kesempatan Untuk Memohon Ampun Dan Maaf Jikalau Ada Kata-Kata Kak Lin Yang Menyinggung Hati Dan Perasaan.

Maafkan Kak Lin!!





Award Ini Kak Lin Terima Daripada MamaEra Dan Kak Lin Serahkan Award Ini Kepada:-

1 - MaDiHa
2 - Izanman
3 - Nur
4 - Aishah



TERIMA KASIH MAMAERA!!


Ini Pula Kak Lin Kena Tag Dengan Nas......Inilah Jawapan Yang Dapat Kak Lin Berikan:-



1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?


Baju Raya Kak Lin Tahun Ini Ada 6 Pasang. Tetapi Kesemuanya Orang-Orang Tersayang Yang Bagi……Murah Rezeki Kak Lin Dengan Baju Raya…..Ahakss….Ada Warna Biru, Hijau, Kuning, Dan Krim.


2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?

Dodol Dan Kuih Bahulu……Kak Lin Beli Jer…..Rendang Beserta Dengan Lemang….Sedapnya……Tetapi Yang Paling Sedap….Nak Tau Apa? Berat Badan Pun Bertambah Berkilo-Kilo…..Kolestrol Pun Berkumpul-Kumpul…..Ahakss


3. Apakah biskut raya kegemaran anda?

Biskut Keracis Dan Semperit Tu Memang Kegemaran Kak Lin….Biskut Yang Ada Coklat Kurang Sikitlah….


4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?

Setiap Tahun Kak Lin Dapat Duit Raya Daripada Abang Kak Lin….Hehehehe…. Kak Lin Ada Juga Bagi Duit Raya Kepada Kanak2 Yang Datang Berziarah Dan Juga Anak-Anak Kak Lin…. Sedekah Itu Kan Ke Amalan Yang Baik…..Tetapi Kak Lin Tak Pernah Bagi Anak-Anak Kak Lin Beraya Sendirian Untuk Mencari Duit Raya…..Biasanya Kalau Mereka Nak Pergi Beraya Mesti Dengan Kak Lin Dan Abang Sekali.


5. Apakah aktiviti malam raya korang?

Kak Lin Ni Anak Tunggal Semua Kerja Kena Buat…….Jadinya Malam Raya Tu Memang Kak Lin Sibuk Di Dapur….Mak Hanya Tolong Sikit-Sikit Jer…..Lainlah kalau Ramai Adik Beradik Tentu Kerja Di Dapur Dapat Diuruskan Dengan Cepat.



Monday, September 22, 2008

Biskut Keracis

Beberapa Tahun Dahulu Kak Lin Selalu Order Biskut Keracis Ni Daripada Kawan Kak Lin.... Biskut Ni Sedap Dan Rangup. Satu Masa Tu....Kak Lin Mengandungkan Anak Ke 3 Teringin Nak Makan Biskut Keracis Ni......Tetapi Kawan Kak Lin Tu Tak Ada Masa Nak Buatkan Untuk Kak Lin......Lalu Dia Beri Resepinya Pada Kak Lin......


Bahan-Bahannya:-


8 Cawan Cornflake Cap Ayam
1 Cawan Gula Pasir
1 Cawan Kacang Tanah – Di Goreng Tanpa Minyak
- Buang Kulitnya Di Gelek Di Atas Papan Pengelek
1 Cawan Kelapa Tin
4 Biji Putih Telor Great A - Jika Kurang Lebihkan Putih Telor
- Ceri Untuk Hiasan



Cara Membuatnya:-

A/ Putih Telor Di Pukul Hingga Kembang Sambil Di Masukkan Gula Pasir Sedikit Demi Sedikit. Bila Pekat Dan Agak Keras Biarkan Dahulu.

B/ Cornflakes Di Ramas Dan Digaulkan Bersama-sama Dengan Kacang Tanah Dan Kelapa Tin. Kemudian Masukkan Bahan A Tadi Separuh Daripadanya Dan Gaulkan Sampai Bahan-Bahan Ini Agak Basah. Jikalau Kurang Basah Tambahlah Lagi Dengan Putih Telor Yang Di Pukul Tadi.

C/ Cedok Dengan Secop Susu Tepung, Kemudian Di Tekan-Tekan Dengan Garpu Sampai Nipis Sedikit Supaya Bila Masak Dia Akan Garing. Letak Ceri Diatasnya Dan Bakar Di Dalam Ketuhar Yang Telah Di Panaskan Terlebih Dahulu.

Happy Belated Birthday Angah

Pada 21hb September, 2008 Birthday Angah Yang Ke 14 Tahun. Kak Lin Tidak Dapat Meraikanya Kerana Beliau Berada Di Kluang. Pagi Tadi Dia Telefon Kak Lin Untuk Memohon Maaf Dan Minta Kak Lin Doakan Kejayaan Dia Di Dalam Menghadapi Peperiksaan Sijil Rendah Agama Mulai Isnin Ini 22hb. Setember, 2008. Kak Lin Juga Dah Sampaikan Pada Dia Ucapan Birthday Daripada MamaFami.

"Ibu Senantiasa Maafkan Angah......Semoga Angah Di Panjangkan Usia Di Murahkan Rezeki.....Berjaya Di Dalam Setiap Peperiksaan Yang Di Hadapi......Menjadi Anak Yang Soleh........Dan Yang Paling Penting Jangan Tinggal Solat......Carilah Ketenangan Hati Dengan Memperbanyakkan Membaca Al-Quran..."

Friday, September 19, 2008

Biskut Semperit

Sudah 2 Tahun Semperit Ini Menjadi Hidangan Untuk Tetamu Ku.......Apa Komen Idah Natrah Setelah Merasa Semperit Ku Ini......Hahahahaha.....

Bahan-Bahan:-

120 Gram Mentega
50 Gram Gula Aising
1 Sudu Kecil Vanilla
1 Sudu Besar Susu Tepung
50 Gram Serbuk Badam
80 Gram Tepung Superfine60 Gram Tepung Jagung

Cara Menyediakannya:-

Pukul Mentega Dan Gula Icing Hingga Sebati. Kemudian Masukkan Esen Vanilla, Serbuk Badam Dan kesemua Tepung Sedikit Demi Sedikit Sehingga Menjadi Doh Yang Lembut.

Tekan Dengan Acuan Semperit Kemudian Ditabur Dengan Gula Berwarna Diatasnya Kemudian Di Bakar.

Tuesday, September 16, 2008

Kad Raya Dari Sahabat Tersayang

Assalamualaikum.....
Kad Hari Raya Di Bawah Ini Kak Lin Terima Daripada Teman-Teman Tersayang. Terima Kasih Kepada Yang Sudi Memberikan Kad Ucapan Ini Untuk Kak Lin.


Pada Rakan-Rakan Yang Disayangi.....Kak Lin Ingin Memohon Ampun Dan Maaf Jikalau Terdapat Salah Dan Silap Sewaktu Menaip Atau Ada Kekurangan Lain Yang Tidak Kak Lin Sedari Di Blog Ini.....Harap Kalian Semua Maafkan Kak Lin.


Sekali Lagi Kak Lin Ingin Memohon Maaf Pada Rakan-Rakan Fotopages Dan Juga Blog Jikalau Ada Komen-Komen Dan Jawapan Daripada Kak Lin Yang Kalian Rasa Berkecil Hati Atau Tidak Menyenangkan Kak Lin Susun Jari Sepuloh Untuk Memohon Ampun Dan Maaf.


Pada Sesiapa Yang Menerima Hadiah Pemberian Kak Lin Dalam Bentuk Kuih Mahupun Barangan Jikalau Ada Kekurangannya Kak Lin Juga Menyusun Jari Sepuloh Untuk Memohon Ampun Dan Maaf.


Jikalau Ada Resepi-Resepi Kalian Yang Kak Lin Cuba Tanpa Mendapat Izin Dan Jikalau Ada Resepi-Resepi Yang Kak Lin Ubah.....Kak Lin Juga Memohon Ampun Dan Maaf Dan Minta Di Halalkan.



Kad Raya Daripada Nas

Kad Raya Daripada Izanman

Kad Raya Daripada Zira

Kad Raya Daripada Aen

Kad Raya Daripada Amy Nujaimy

Kad Raya Daripada Tun


Kad Raya Daripada Aza

Kad Raya Daripada Bal

Kad Raya Daripada Kak Zai

Kad Raya Daripada Noni


Kad Raya Daripada Aishah @ Umi Aqil

Kad Raya Daripada Mamasya


Kad Raya Daripada Nur


AIR MATA SYAWAL


Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah


Friday, September 12, 2008

Pergi Tak Kembali

Pagi Tadi 11/09/2008 Bapa Mertua Kak Lin Pergi Ke Klinik Dengan Adik Ipar Untuk Membuat Pemeriksaan Kesihatan....Tetapi Bapa Mertua Kak Lin Telah Terjatuh Di Klinik. Menurut Kata Doktor Yang Merawatnya....Tak Ada Apa-Apa Masalah.....

Tetapi Baru Sebentar Tadi Lebih Kurang Jam 11.00 Malam Kak Lin Mendapat Berita Bapa Mertua Kak Lin Telah Di Hantar Ke Hospital Muar Kerana Muntah-Muntah Dan Tidak Menjawab Bila Di Panggil.

Kak Lin Nak Balik Kg Dan Melawat Beliau Di Hospital Malam-Malam Begini Tentu Tidak Di Benarkan Sebab Bukan Waktu Melawat.....Sekarang Ni Kak Lin Tengah Menunggu Panggilan Daripada Adik Ipar Tentang Perkembangan Selanjutnya.

Jam 2.00 Pagi 12/09/2008 Kak Lin Mendapat Berita Bapa Mertua Kak Lin Dalam keadaan Kritikal......Pagi Ini Juga Kak Lin Akan Pulang Ke Kg Abang Di Muar......


AL-FATIHAH.....UNTUK ABAH DAN MAK MERTUAKU.....


Kak Lin Sampai Di Hospital Muar Jam 7.55 Pagi. Bapa Mertua Kak Lin Di Tempatkan Di Wad ICU Dalam Keadaan Koma....Menurut Kata Doktor Beliau Koma Bukan Sebab Jatuh....Tetapi Disebabkan Paru-Paru Berair Yang Telah Di Jangkiti Kuman.....Beliau Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Pada Hari Jumaat 12/09/2008 Jam 12.00pm bersamaan 12 Ramadhan 1429H.

Secebis Kenangan......

Bapa Dan Mak Mertua Kak Lin Adalah Bekas Guru Agama.....Kedua-duanya Pernah Bertugas Di Beberapa Sekolah Daerah Di Muar......Mak Mertua Kak Lin Telah Meninggal Dunia Pada 15/12/2007 Iaitu 9 Bulan Sebelum Bapa Mertua Kak Lin. Mereka Telah Di Kurniakan 10 Orang Anak 5 Lelaki Dan 5 Perempuan.....8 Daripada 10 Orang Anak-Anak Beliau Adalah Guru Agama Yang Mengajar Di Kluang, Segamat, Johor Dan Muar. Kebanyakkannya Anak-Anak Beliau Berkelulusan Daripada Universiti Al-Azhar, Mesir Dan Universiti Tempatan.

Bapa Dan Mak Mertua Kak Lin Ni Walaupun Tegas Tetapi Penyayang.....Sayang Beliau Pada Anak-Anak Menantu Dan Juga Cucu Tiada Bezanya.....Beliau Juga Pernah Dicalunkan Sebagai Bapa Dan Ibu Mithali Peringkat Daerah Beberapa Tahun Dahulu...

Inilah Tahun Pertama Berhari Raya Tanpa Mereka Berdua. Kak Lin Benar-Benar Rasa Terharu Dan Sedih Diatas Pemergian Mereka Berdua Kerahmatullah.....Tetapi Apakan Daya Tuhan Lebih Menyayangi Mereka Berdua. Semoga Roh Mereka Berdua Dicucuri Rahmat Dan Di tempatkan Bersama Orang-Orang Yang Soleh Dan Solehah....Aminnnn.

Kami Akan Senantiasa Merindui Mu.....Setiap Kali Kami Rindu Kami Akan Iringkan Doa ,Al-Fatihah Dan Ayat-Ayat Suci Untuk Mu....... Itulah Janji Kami......Untuk Mak Dan Abah...Yang Kami Sayangi!



Pada Rakan-Rakan Di Fp Dan Blog Yang Telah Mengucapkan Takziah Di Blog Kak Lin Ini Dan Juga Melalui SMS......Jutaan Terima Kasih Kak Lin Ucapkan.....


Thursday, September 11, 2008

Buah Melaka & Daging Goreng Ketumbar

Daging Goreng Ketumbar Ni Kegemaran Abang Kak Lin.....Kalau Beli Daging Sebahagian Daripadanya Mesti Di Goreng Begini. Resepinya Senang Dan Mudah.

Bahan-Bahan:-

1/2 Kilo Daging
100 Gram Ketumbar Biji
2 Inci Kunyit Hidup
4 Biji Bawang Putih
- Garam Secukupnya
- Sedikit Air

Cara Menyediakannya:-

Daging Di Potong Nipis-Nipis. Basuh Dan Toskan. Kisar Semua Bahan Dengan Sedikit Air Kemudian Gaulkan Keatas Daging Tadi.

Panaskan Minyak Dan Goreng Hingga Daging Keperang-perangan. Angkat Dan Hidangkan.


Ini Pula Buah Melaka Yang Mak Kak Lin Buat.......Bila Bulan Ramadhan Mak Kak Lin Suka Buat Kuih Ni.....Minggu Lepas Mak Ikut Kak Lin Balik Segamat.......Inilah Diantara Juadah Yang Di Hidangkan Untuk Berbuka Puasa....Apa Lagi Kak Lin Pun Ambil Kesempatan Untuk......Jadikannya Model Blog Kak Lin.....Ahakss......Baik Punya Anak......


Bahan-Bahan:-

2 Cawan Tepung Pulut
2 Ketul Gula Melaka
1/2 Biji Kelapa Muda Parut
- Sedikit Perwarna Hijau
- Sedikit Garam


Cara Membuatnya:-

Tepung Pulut Di Bancuh Dengan Air Sedikit Demi Sedikit Hingga Menjadi Doh. Ambil Sedikit Mengikut Saiz Yang Di Sukai.

Kemudian Bubuhkan Gula Melaka Di Tengahnya Dan Di Bulat-Bulatkan Menjadi Bola. Masak Air Hingga Mendidih Kemudian Masukkan Bebola Tepung Tadi.

Bila Bebola Tersebut Sudah Timbul Bolehlah Diangkat Dan Toskan.. Sesudah Itu Golek-golekkan Diatas Kelapa Parut Tadi. Hidangkan.


Cencaru Bakar & Hadiah

Award Ini Pula Daripada Ain. Terima kasih Banyak-Banyak Ain....Akan Kak Lin Gantung Sebagai Kenang-Kenangan.....Dan Terima Kasih Sekali Lagi Kerana Ain Selalu Singgah Di Blog Kak Lin Dan Sudi Menghadiahkan Award Ini Pada Kak Lin.....Muaaaahhhhh.

TERIMA KASIH AIN!!

Ini Pula Award Daripada Meorjay. Terima kasih Diatas Pemberian Award Ini. Inilah Mesej Daripada Meor Untuk Kak Lin Di Ruangan Komen "Selamat berpuasa dan berbuka Kak Lin. Wah! Sedapnya laksa penang. Bestnya kalau tinggal dekat dengan Kak Lin.
:: Ada hadiah buat Kak Lin, jom ambil di fp saya. Ambil tau."

TERIMA KASIH MEOR!!!



Award Ini Daripada Mamasya. Terima kasih Mama Diatas Pemberian Mama Ini....Walaupun Kak Lin Tak Pandai Masak Masih Ada Yang Sudi Bagi Kak Lin Award Ni....Dan Senantiasa Berkunjung Ke Blog Kak Lin. Sekali Lagi Kak Lin Ucapkan Terima kasih Khas Untuk Mamasya Tersayang. Muaaaaahhhhhh

TERIMA KASIH MAMASYA!!



Ini Salah Satu Daripada Menu Berbuka Puasa Semalam. Gambar-Gambar Menu Yang Lain Tak Sempat Nak Di Jadikan Model. Al Maklumlah Balik Kerja Baru Nak Bersilat Kat Dapur......Nak Beli Kat Bazar Ramadhan Tu....Bukan Tak Boleh Tapi Kak Lin Tak Selesa Dengan Suasana Yang Sesak.....Tambahan Dengan Jemnya Lagi....Kalau Cuaca Panas Setakat Beli Air Batu Jer... Itu Pun Suruh Abang Yang Pergi.


Air Asam

Bahan-Bahan:-

6 Biji Cili Padi
1 Biji Bawang Besar - Di Hiris
- Sedikit Asam Jawa
- Sedikit Air
- Garam & Gula

Cara Menyediakannya:-

Cili Padi Kisar Dengan Air, Asam Jawa Dan Garam. Masukkan Kedalam Mangkuk Sekali Dengan Bawang Hiris.



Monday, September 8, 2008

Laksa Penang



Bahan-Bahan:-

1 Kilo Laksa Di Celur
1 Kilo Ikan Kembung
2 Batang Bunga Kantan
1 Ikan Daun Kesum
1 Senduk Cili Kisar
5 Keping Asam Gelugur
½ Keping Belacan / 2 Sudu Besar Otak Udang
2 Biji Bawang Besar
2 Biji Buah Keras
1 Batang Serai
- Garam Secukup Rasa

Bahan Hiasan:-

Daun Salad
Timun
Lada Hidup
Bawang Besar
Limau Nipis / Kasturi
Sambal Belacan

Cara Menyediakannya:-

Ikan Di Rebus Hingga Lembut Tulangnya. Kemudian Kisar Isi Ikan Hingga Halus. Bawang Besar, Belacan Dan Buah Keras Di Kisar Kemudian Di Masukkan Kedalam Periuk Bersama-sama Dengan Cili Kisar, Bunga Kantan, Serai, Asam Gelugur, Daun Kesum Serta Air.


Biarkan Mendidih. Setelah Mendidih Masukkan Isi Ikan Yang Telah Di Kisar Tadi Bersama Garam. Masak Lagi. Setelah Masak Bolehlah Di Hidangkan.Hiris Semua Bahan Hiasan Mengikut Citarasa Sendiri.


Masukkan Laksa Kedalam Pinggan Kemudian Masukkan Bahan Hiasan.Dan Tuangkan Kuah Keatasnya.



Telor Itik Masak Lemak

Bahan-Bahannya:-

5 Biji Telor Itik
10 Biji Cili Padi Di Kisar
1 Inci Kunyit Di Kisar
3 Ulas Bawang Putih Di Kisar
6 Ulas Bawang Merah Di Kisar
2 Mangkuk Santan
1 Keping Asam Gelugur
2 Helai Daun Kunyit
- Garam Secukup Rasa

Cara Menyediakannya:-

Masukkan Bahan Kisar Bersama-sama Santan Ke Dalam Periuk. Kemudian Di Masak Sehingga Mendidih. Masukkan Garam, Asam Keping Dan Daun Kunyit.

Akhir Sekali Masukkan Telor Satu Persatu. Biarkan Mendidih. Setelah Telor Masak Bolehlah Di Angkat Dan Di Hidangkan.



Friday, September 5, 2008

Daging Masak Kicap

Assalamualaikum....
Ini Pulak Daging Masak Kicap Sumber Daripada Blog Pak Cik Mat. Sedap Dan Amat Menyelerakan.....Tambahan Pulak Masakan Daging Ni Memang Kegemaran Anak-Anak Kak Lin...Laju Jerlah Mereka Makan.....Selalu Gear Dua Tapi Bila Makan Daging Masak Kicap Ni Dah Tukar Gear 5 Ahakss - Terima Kasih Pak Cik Mat.


Bahan-Bahannya :-


1 Kg Daging Batang Pinang, Potong Ketulan Sederhana Besar
1 Batang Kayu Manis
1 Kuntum Bunga Lawang
2 Biji Bawang Besar, Hiris Bulat
1 Biji Cili Merah, Hiris Nipis
1 Camca Besar Sos Lada Hitam
1 Camca Teh Serbuk Lada Hitam
2 Camca Besar Cili Kisar
3 Ulas Bawang Putih – Di Kisar Halus
1 1/2 Inci Halia – Di Kisar Halus
1 Cawan Kicap Manis
1 Camca Besar Jus Asam Jawa
1/2 Cawan Air
Hirisan Daun Bawang Untuk Hiasan

Cara Membuatnya:-

Panaskan Minyak, Tumis Bahan2 Kisar Bersama Kulit Kayu Manis Dan Bunga Lawang Hingga Wangi. Masukkan Cili Kisar Dan Sos Lada, Kacau Rata Dan Masak Hingga Terbit Minyak Dan Cili Garing. Masukkan Daging, Gaul Rata Dan Tuang Air.

Masukkan Kicap Dan Biar Mendidih Hingga Daging Lembut. Masukkan Jus Asam Jawa, Serbuk Lada Hitam, Hirisan Bawang Dan Cili. Kacau Rata Masak Hingga Bawang Lembut Dan Daging Empuk.

Rasa Dan Jika Ok, Boleh Diangkat Dan Taburkan Hirisan Daun Bawang Sebelum Dihidangkan Bersama Nasi Putih, Sambal Belacan Dan Ulam - Ulaman..

P/s:- Kak Lin Cuma Tambah Kentang. Setelah Daging Empuk Baru Kak Lin Masukkan Kentang.



Wednesday, September 3, 2008

Kacang Botol Goreng Petai

Assalamualaikum.....
Resepi Ini Daripada Mak Uda Kak Lin.....Suatu Masa Tu Kak Lin Balik Kampung Abah Kak Lin Di Maran, Pahang. Mak Uda Masaklah Kacang Botol Ni Dengan Petai....Punyalah Lajunya Adik Na Makan......Tapi Mak Uda Hiris Kacang Botol Dan Petai Tu Nipis-Nipis.

Balik Rumah Adik Na Suruh Kak Lin Masak Macam Mak Uda Masak.....Tapi Suruh Hiris Kacang Botol Tu Besar-Besar Sikit Dan Petai Tu Tak Payah Hiris...Maka Inilah Resepinya.


Bahan-Bahan:-

1 Ikat Kacang Botol
3 Papan Petai
10 Tangkai Cili Kering
1 Genggam Ikan Bilis-Di Tumbuk
1 Biji Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
- Sedikit Belacan
- Sedikit Garam
- Sedikit Gula

Cara Menyediakannya:-

Kacang Botol Di Hiris. Petai Di Buang Kulitnya. Kisar Cili Kering, Bawang Besar, Bawang Putih Dan Belacan. Kemudian Panaskan Sedikit Minyak Dan Tumis Hingga Naik Baunya. Masukkan Ikan Bilis, Garam Dan Gula Masak Lagi Hingga Mengeluarkan Minyak. Akhir Sekali Masukkan Kacang Botol Dan Petai. Balik-Balik Sebentar Kemudian Angkat.



Tuesday, September 2, 2008

Tag From MamaFami

MamaFami Has Tagged Me With A Lovely Poem On Friendship.


We need friends for many reasons,all throughout the season.
We need friends to comfort us when we are sad, and to have fun with us when we are glad.
We need friends to give us good advice,
We need someone we can count on, and treat us nice.
We need friends to remember us once we have passed, sharing memories that will always last.

Spread the poem of friendship....

1. Everyday Life
2. Words of Love
3. Sheng's Simple Thoughts . . .
4. My Wonderful Life ....
5. Can of Thoughts
6. Designs By Vhiel
7. Vhiel's Corner
8. Anything and Everything in Between
9. A Mother's Stuff
10. http://housewifeatwork.blogspot.com/
11. My Receipes
12. Vblogger
13. thefootloosechef
14. Yummy Food
15. MamaFaMi's Spice n Splendour
16. KakLin's Gallery 17. Your Next

I love to pass this on to...
1. Harmony Flavour
2. Hanieliza's Cooking
3. Cherita Dapur