Monday, September 8, 2008

Laksa Penang



Bahan-Bahan:-

1 Kilo Laksa Di Celur
1 Kilo Ikan Kembung
2 Batang Bunga Kantan
1 Ikan Daun Kesum
1 Senduk Cili Kisar
5 Keping Asam Gelugur
½ Keping Belacan / 2 Sudu Besar Otak Udang
2 Biji Bawang Besar
2 Biji Buah Keras
1 Batang Serai
- Garam Secukup Rasa

Bahan Hiasan:-

Daun Salad
Timun
Lada Hidup
Bawang Besar
Limau Nipis / Kasturi
Sambal Belacan

Cara Menyediakannya:-

Ikan Di Rebus Hingga Lembut Tulangnya. Kemudian Kisar Isi Ikan Hingga Halus. Bawang Besar, Belacan Dan Buah Keras Di Kisar Kemudian Di Masukkan Kedalam Periuk Bersama-sama Dengan Cili Kisar, Bunga Kantan, Serai, Asam Gelugur, Daun Kesum Serta Air.


Biarkan Mendidih. Setelah Mendidih Masukkan Isi Ikan Yang Telah Di Kisar Tadi Bersama Garam. Masak Lagi. Setelah Masak Bolehlah Di Hidangkan.Hiris Semua Bahan Hiasan Mengikut Citarasa Sendiri.


Masukkan Laksa Kedalam Pinggan Kemudian Masukkan Bahan Hiasan.Dan Tuangkan Kuah Keatasnya.



6 comments:

Anonymous said...

This one of my favorite, bulan puasa nie tak buat lagi laksa nie...

Kak Lin said...

Nas - Laksa Ni Kak Lin Masak Dah Lama Tinggal Lagi Baru Ni Jer Post Kat Entry Ni

Anonymous said...

Kak lin,laksa nie nampak sedap...
bila nur boleh rasa erk?Nur suka
ngan laksa..nanti hulur semangkuk
yea kak.

Kak Lin said...

Nur - Kalau Dekat Dah Lama Kak Lin Hulur Bermangkuk2....Ini Jauh Cam Mana Nak Hulur....Nak Pos Pun Tak Boleh...Ahakss

Anonymous said...

Selamat berpuasa dan berbuka Kak Lin. Wah! Sedapnya laksa penang. Bestnya kalau tinggal dekat dengan Kak Lin.
:: Ada hadiah buat Kak Lin, jom ambil di fp saya. Ambil tau.

Kak Lin said...

MeorJay - Terima Kasih Bagi Kak Lin Hadiah....Aduhai Jauhnya Nak Pergi Ambil Ni....Walaubagaimanapun...Kak Lin Ucapkan Berbanyak2 Terima Kasih Sekali Lagi Kerana Masih Ingat Pada Kak Lin.