Sunday, October 19, 2008

Mee Hailam

Maafkan Kak Lin Kerana Agak Lewat Mengupdate Blog Kak Lin Ni. Terlalu Banyak Jemputan Rumah Terbuka Dan Jemputan Majlis Perkahwinan.

Inilah Diantara Menu-Menu Rumah Terbuka Kak Lin Selain Daripada Biskut Raya Dan Kek Lapis Sarawak. Untuk Pengetahuan Kalian Sebahagian Daripada Gambar-Gambar Tersebut Dan Gambar-Gambar Masakan Pada Hari Raya Pertama Tidak Dapat Diambil Untuk Di Tampalkan Disini Memandangkan Masa Tidak Mengizinkan. Harap Maaf!!!



Bahan-Bahan:-

1 Kilo Mi Kuning
500 Gram Daging
10 Biji Bebola Ikan
5 Keping Fish Cakes
250 Gram Udang
1 Tangkai Sawi
1 Batang Carrot
100 Gram Bunga Kobis
2 Senduk Kecil Sos Tiram
6 Biji Bawang Putih
6 Biji Cili Padi
10 Biji Lada Hitam
1 Senduk Kecil Kicap Pekat
1 Senduk Kecil Sos Tomato
3 Sudu Tepung Jagung - Di Bancuh Dengan Air
- Garam Secukup Rasa



Cara Menyediakannya:-

-Mi Di Celor Kemudian Toskan.

-Cili Padi Dan Bawang Putih Di Tumbuk. Kemudian Di Tumis Di Dalam Periuk Hingga Naik Baunya. Masukkan Udang, Ayam, Fish Ball, Fish Cake Dan Air Secukupnya. Biarkan Mendidih.

-Kemudian Masukkan Sos Tiram, Kicap Pekat Dan Sos Tomato Serta Tepung Jagung Yang Telah Dibancuh Dengan Air.

- Akhir Sekali Setelah Mendidih Sekali lagi . Masukkan Pula Sayur-Sayuran. Hidangkan.