Maafkan Kak Lin Kerana Agak Lewat Mengupdate Blog Kak Lin Ni. Terlalu Banyak Jemputan Rumah Terbuka Dan Jemputan Majlis Perkahwinan.
Inilah Diantara Menu-Menu Rumah Terbuka Kak Lin Selain Daripada Biskut Raya Dan Kek Lapis Sarawak. Untuk Pengetahuan Kalian Sebahagian Daripada Gambar-Gambar Tersebut Dan Gambar-Gambar Masakan Pada Hari Raya Pertama Tidak Dapat Diambil Untuk Di Tampalkan Disini Memandangkan Masa Tidak Mengizinkan. Harap Maaf!!!
Bahan-Bahan:-
1 Kilo Mi Kuning 500 Gram Daging 10 Biji Bebola Ikan 5 Keping Fish Cakes 250 Gram Udang 1 Tangkai Sawi 1 Batang Carrot 100 Gram Bunga Kobis 2 Senduk Kecil Sos Tiram 6 Biji Bawang Putih 6 Biji Cili Padi 10 Biji Lada Hitam 1 Senduk Kecil Kicap Pekat 1 Senduk Kecil Sos Tomato 3 Sudu Tepung Jagung - Di Bancuh Dengan Air - Garam Secukup Rasa
Cara Menyediakannya:-
-Mi Di Celor Kemudian Toskan.
-Cili Padi Dan Bawang Putih Di Tumbuk. Kemudian Di Tumis Di Dalam Periuk Hingga Naik Baunya. Masukkan Udang, Ayam, Fish Ball, Fish Cake Dan Air Secukupnya. Biarkan Mendidih.
-Kemudian Masukkan Sos Tiram, Kicap Pekat Dan Sos Tomato Serta Tepung Jagung Yang Telah Dibancuh Dengan Air.
- Akhir Sekali Setelah Mendidih Sekali lagi . Masukkan Pula Sayur-Sayuran. Hidangkan.
Tag Ini Kak Lin Dapat Daripada Ain….Ampun Ain Terlambat Sikit Menjawabnya…..
The Rules: * Link To Your Tagger And Post These Rules On Your Blog. * Share 7 Facts About Yourself On Your Blog, Some Random, Some Weird. *Tag 7 People At The End Of Your Post By Leaving Their Names As Well As Links To Their Blogs. * Let Them Know They Are Tagged By Leaving A Comment On Their Blog.
This Is From Kak Lin
7 Facts About Me!
Anak Tunggal
Sudah Berkeluarga – Mempunyai 3 Orang Permata Hati
Alhamdulillah Masih Mempunyai Mak….Mak Mertua Dan Abah Mertua Telah Tiada – Al Fatihah
Seorang Yang Mudah Merasa Simpati
Peramah Ada Masa Muncung Juga Ahakss
Suka Membaca Novel Sampai Nangis2 Gitu
Senantiasa Meluangkan Masa Bersama Keluarga
Now, 7 Facts About Kak Lin, From My Point Of View...
Suka Memasak – Kalau Sedap Alhamdulillah
Suka Menjahit
Tak Suka Gosok Baju……Tapi Kena Buat Juga…..
Lipat Baju Seminggu Sekali Kalau Malas – Kalau Rajin Hari2
Suka Melaram – Org Ppuanlah Katakan…..
Suka Pandu Kereta Laju-Laju…..Abang Pun Tak Berani Duk Sebelah…Ahakss
Suka Kalau Satu Keluarga Berkumpul – Tentu Ada Citer Kelakar
Next, I've To Tag 7 Friends Of Mine...Pada Kawan-Kawan Yang Namanya Tersenarai Di Bawah Sila Buat Homework Ni Ye...
Assalamualaikum..... Kepada Rakan-Rakan Blog Dan Fotopages Terimalah Kad Raya Diatas Ini Daripada Kak Lin Dan Keluarga. Di Bulan Yang Mulia Ini Kak Lin Mengambil Kesempatan Untuk Memohon Ampun Dan Maaf Jikalau Ada Kata-Kata Kak Lin Yang Menyinggung Hati Dan Perasaan.
Maafkan Kak Lin!!
Award Ini Kak Lin Terima Daripada MamaEra Dan Kak Lin Serahkan Award Ini Kepada:-
Ini Pula Kak Lin Kena Tag Dengan Nas......Inilah Jawapan Yang Dapat Kak Lin Berikan:-
1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Baju Raya Kak Lin Tahun Ini Ada 6 Pasang. Tetapi Kesemuanya Orang-Orang Tersayang Yang Bagi……Murah Rezeki Kak Lin Dengan Baju Raya…..Ahakss….Ada Warna Biru, Hijau, Kuning, Dan Krim.
2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Dodol Dan Kuih Bahulu……Kak Lin Beli Jer…..Rendang Beserta Dengan Lemang….Sedapnya……Tetapi Yang Paling Sedap….Nak Tau Apa? Berat Badan Pun Bertambah Berkilo-Kilo…..Kolestrol Pun Berkumpul-Kumpul…..Ahakss
3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
Biskut Keracis Dan Semperit Tu Memang Kegemaran Kak Lin….Biskut Yang Ada Coklat Kurang Sikitlah….
4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Setiap Tahun Kak Lin Dapat Duit Raya Daripada Abang Kak Lin….Hehehehe…. Kak Lin Ada Juga Bagi Duit Raya Kepada Kanak2 Yang Datang Berziarah Dan Juga Anak-Anak Kak Lin…. Sedekah Itu Kan Ke Amalan Yang Baik…..Tetapi Kak Lin Tak Pernah Bagi Anak-Anak Kak Lin Beraya Sendirian Untuk Mencari Duit Raya…..Biasanya Kalau Mereka Nak Pergi Beraya Mesti Dengan Kak Lin Dan Abang Sekali.
5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Kak Lin Ni Anak Tunggal Semua Kerja Kena Buat…….Jadinya Malam Raya Tu Memang Kak Lin Sibuk Di Dapur….Mak Hanya Tolong Sikit-Sikit Jer…..Lainlah kalau Ramai Adik Beradik Tentu Kerja Di Dapur Dapat Diuruskan Dengan Cepat.
Beberapa Tahun Dahulu Kak Lin Selalu Order Biskut Keracis Ni Daripada Kawan Kak Lin.... Biskut Ni Sedap Dan Rangup. Satu Masa Tu....Kak Lin Mengandungkan Anak Ke 3 Teringin Nak Makan Biskut Keracis Ni......Tetapi Kawan Kak Lin Tu Tak Ada Masa Nak Buatkan Untuk Kak Lin......Lalu Dia Beri Resepinya Pada Kak Lin......
Bahan-Bahannya:-
8 Cawan Cornflake Cap Ayam 1 Cawan Gula Pasir 1 Cawan Kacang Tanah – Di Goreng Tanpa Minyak - Buang Kulitnya Di Gelek Di Atas Papan Pengelek 1 Cawan Kelapa Tin 4 Biji Putih Telor Great A- Jika Kurang Lebihkan Putih Telor - Ceri Untuk Hiasan
Cara Membuatnya:-
A/ Putih Telor Di Pukul Hingga Kembang Sambil Di Masukkan Gula Pasir Sedikit Demi Sedikit. Bila Pekat Dan Agak Keras Biarkan Dahulu.
B/ Cornflakes Di Ramas Dan Digaulkan Bersama-sama Dengan Kacang Tanah Dan Kelapa Tin. Kemudian Masukkan Bahan A Tadi Separuh Daripadanya Dan Gaulkan Sampai Bahan-Bahan Ini Agak Basah. Jikalau Kurang Basah Tambahlah Lagi Dengan Putih Telor Yang Di Pukul Tadi.
C/ Cedok Dengan Secop Susu Tepung, Kemudian Di Tekan-Tekan Dengan Garpu Sampai Nipis Sedikit Supaya Bila Masak Dia Akan Garing. Letak Ceri Diatasnya Dan Bakar Di Dalam Ketuhar Yang Telah Di Panaskan Terlebih Dahulu.
Pada 21hb September, 2008 Birthday Angah Yang Ke 14 Tahun. Kak Lin Tidak Dapat Meraikanya Kerana Beliau Berada Di Kluang. Pagi Tadi Dia Telefon Kak Lin Untuk Memohon Maaf Dan Minta Kak Lin Doakan Kejayaan Dia Di Dalam Menghadapi Peperiksaan Sijil Rendah Agama Mulai Isnin Ini 22hb. Setember, 2008. Kak Lin Juga Dah Sampaikan Pada Dia Ucapan Birthday Daripada MamaFami.
"Ibu Senantiasa Maafkan Angah......Semoga Angah Di Panjangkan Usia Di Murahkan Rezeki.....Berjaya Di Dalam Setiap Peperiksaan Yang Di Hadapi......Menjadi Anak Yang Soleh........Dan Yang Paling Penting Jangan Tinggal Solat......Carilah Ketenangan Hati Dengan Memperbanyakkan Membaca Al-Quran..."
Pukul Mentega Dan Gula Icing Hingga Sebati. Kemudian Masukkan Esen Vanilla, Serbuk Badam Dan kesemua Tepung Sedikit Demi Sedikit Sehingga Menjadi Doh Yang Lembut.
Tekan Dengan Acuan Semperit Kemudian Ditabur Dengan Gula Berwarna Diatasnya Kemudian Di Bakar.
Assalamualaikum..... Kad Hari Raya Di Bawah Ini Kak Lin Terima Daripada Teman-Teman Tersayang. Terima Kasih Kepada Yang Sudi Memberikan Kad Ucapan Ini Untuk Kak Lin.
Pada Rakan-Rakan Yang Disayangi.....Kak Lin Ingin Memohon Ampun Dan Maaf Jikalau Terdapat Salah Dan Silap Sewaktu Menaip Atau Ada Kekurangan Lain Yang Tidak Kak Lin Sedari Di Blog Ini.....Harap Kalian Semua Maafkan Kak Lin.
Sekali Lagi Kak Lin Ingin Memohon Maaf Pada Rakan-Rakan Fotopages Dan Juga Blog Jikalau Ada Komen-Komen Dan Jawapan Daripada Kak Lin Yang Kalian Rasa Berkecil Hati Atau Tidak Menyenangkan Kak Lin Susun Jari Sepuloh Untuk Memohon Ampun Dan Maaf.
Pada Sesiapa Yang Menerima Hadiah Pemberian Kak Lin Dalam Bentuk Kuih Mahupun Barangan Jikalau Ada Kekurangannya Kak Lin Juga Menyusun Jari Sepuloh Untuk Memohon Ampun Dan Maaf.
Jikalau Ada Resepi-Resepi Kalian Yang Kak Lin Cuba Tanpa Mendapat Izin Dan Jikalau Ada Resepi-Resepi Yang Kak Lin Ubah.....Kak Lin Juga Memohon Ampun Dan Maaf Dan Minta Di Halalkan.
Kad Raya Daripada Nas
Kad Raya Daripada Izanman
Kad Raya Daripada Zira
Kad Raya Daripada Aen
Kad Raya Daripada Amy Nujaimy
Kad Raya Daripada Tun
Kad Raya Daripada Aza
Kad Raya Daripada Bal
Kad Raya Daripada Kak Zai
Kad Raya Daripada Noni
Kad Raya Daripada Aishah @ Umi Aqil
Kad Raya Daripada Mamasya
Kad Raya Daripada Nur
AIR MATA SYAWAL
Sayu... hati ini makin sayup Rindu... terkenangkan desa permai Wajah ayah bonda bermain di mata Mengajak ku pulang ke desa Di hari bahagia hari raya
Lama kutunggu Bertemu di pagi mulia Namun tidak kesampaian Airmata jatuh berlinangan
Kuingin berulang manisnya bersama Menyambut hari bahgia Jarak memisahkan rindu pertemuan Bilakah hasrat jadi nyata
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda Tak dapat beraya bersama Jauh dari mata dekat dalam jiwa Teguh kasihku tidak berubah
Pagi Tadi 11/09/2008 Bapa Mertua Kak Lin Pergi Ke Klinik Dengan Adik Ipar Untuk Membuat Pemeriksaan Kesihatan....Tetapi Bapa Mertua Kak Lin Telah Terjatuh Di Klinik. Menurut Kata Doktor Yang Merawatnya....Tak Ada Apa-Apa Masalah.....
Tetapi Baru Sebentar Tadi Lebih Kurang Jam 11.00 Malam Kak Lin Mendapat Berita Bapa Mertua Kak Lin Telah Di Hantar Ke Hospital Muar Kerana Muntah-Muntah Dan Tidak Menjawab Bila Di Panggil.
Kak Lin Nak Balik Kg Dan Melawat Beliau Di Hospital Malam-Malam Begini Tentu Tidak Di Benarkan Sebab Bukan Waktu Melawat.....Sekarang Ni Kak Lin Tengah Menunggu Panggilan Daripada Adik Ipar Tentang Perkembangan Selanjutnya.
Jam 2.00 Pagi 12/09/2008 Kak Lin Mendapat Berita Bapa Mertua Kak Lin Dalam keadaan Kritikal......Pagi Ini Juga Kak Lin Akan Pulang Ke Kg Abang Di Muar......
AL-FATIHAH.....UNTUK ABAH DAN MAK MERTUAKU.....
Kak Lin Sampai Di Hospital Muar Jam 7.55 Pagi. Bapa Mertua Kak Lin Di Tempatkan Di Wad ICU Dalam Keadaan Koma....Menurut Kata Doktor Beliau Koma Bukan Sebab Jatuh....Tetapi Disebabkan Paru-Paru Berair Yang Telah Di Jangkiti Kuman.....Beliau Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Pada Hari Jumaat 12/09/2008 Jam 12.00pm bersamaan 12 Ramadhan 1429H.
Secebis Kenangan......
Bapa Dan Mak Mertua Kak Lin Adalah Bekas Guru Agama.....Kedua-duanya Pernah Bertugas Di Beberapa Sekolah Daerah Di Muar......Mak Mertua Kak Lin Telah Meninggal Dunia Pada 15/12/2007 Iaitu 9 Bulan Sebelum Bapa Mertua Kak Lin. Mereka Telah Di Kurniakan 10 Orang Anak 5 Lelaki Dan 5 Perempuan.....8 Daripada 10 Orang Anak-Anak Beliau Adalah Guru Agama Yang Mengajar Di Kluang, Segamat, Johor Dan Muar. Kebanyakkannya Anak-Anak Beliau Berkelulusan Daripada Universiti Al-Azhar, Mesir Dan Universiti Tempatan.
Bapa Dan Mak Mertua Kak Lin Ni Walaupun Tegas Tetapi Penyayang.....Sayang Beliau Pada Anak-Anak Menantu Dan Juga Cucu Tiada Bezanya.....Beliau Juga Pernah Dicalunkan Sebagai Bapa Dan Ibu Mithali Peringkat Daerah Beberapa Tahun Dahulu...
Inilah Tahun Pertama Berhari Raya Tanpa Mereka Berdua. Kak Lin Benar-Benar Rasa Terharu Dan Sedih Diatas Pemergian Mereka Berdua Kerahmatullah.....Tetapi Apakan Daya Tuhan Lebih Menyayangi Mereka Berdua. Semoga Roh Mereka Berdua Dicucuri Rahmat Dan Di tempatkan Bersama Orang-Orang Yang Soleh Dan Solehah....Aminnnn.
Kami Akan Senantiasa Merindui Mu.....Setiap Kali Kami Rindu Kami Akan Iringkan Doa ,Al-Fatihah Dan Ayat-Ayat Suci Untuk Mu....... Itulah Janji Kami......Untuk Mak Dan Abah...Yang Kami Sayangi!
Pada Rakan-Rakan Di Fp Dan Blog Yang Telah Mengucapkan Takziah Di Blog Kak Lin Ini Dan Juga Melalui SMS......Jutaan Terima Kasih Kak Lin Ucapkan.....
Daging Goreng Ketumbar Ni Kegemaran Abang Kak Lin.....Kalau Beli Daging Sebahagian Daripadanya Mesti Di Goreng Begini. Resepinya Senang Dan Mudah.
Bahan-Bahan:-
1/2 Kilo Daging 100 Gram Ketumbar Biji 2 Inci Kunyit Hidup 4 Biji Bawang Putih - Garam Secukupnya - Sedikit Air
Cara Menyediakannya:-
Daging Di Potong Nipis-Nipis. Basuh Dan Toskan. Kisar Semua Bahan Dengan Sedikit Air Kemudian Gaulkan Keatas Daging Tadi.
Panaskan Minyak Dan Goreng Hingga Daging Keperang-perangan. Angkat Dan Hidangkan.
Ini Pula Buah Melaka Yang Mak Kak Lin Buat.......Bila Bulan Ramadhan Mak Kak Lin Suka Buat Kuih Ni.....Minggu Lepas Mak Ikut Kak Lin Balik Segamat.......Inilah Diantara Juadah Yang Di Hidangkan Untuk Berbuka Puasa....Apa Lagi Kak Lin Pun Ambil Kesempatan Untuk......Jadikannya Model Blog Kak Lin.....Ahakss......Baik Punya Anak......
Bahan-Bahan:-
2 Cawan Tepung Pulut 2 Ketul Gula Melaka 1/2 Biji Kelapa Muda Parut - Sedikit Perwarna Hijau - Sedikit Garam
Cara Membuatnya:-
Tepung Pulut Di Bancuh Dengan Air Sedikit Demi Sedikit Hingga Menjadi Doh. Ambil Sedikit Mengikut Saiz Yang Di Sukai.
Kemudian Bubuhkan Gula Melaka Di Tengahnya Dan Di Bulat-Bulatkan Menjadi Bola. Masak Air Hingga Mendidih Kemudian Masukkan Bebola Tepung Tadi.
Bila Bebola Tersebut Sudah Timbul Bolehlah Diangkat Dan Toskan.. Sesudah Itu Golek-golekkan Diatas Kelapa Parut Tadi. Hidangkan.
Award Ini Pula Daripada Ain. Terima kasih Banyak-Banyak Ain....Akan Kak Lin Gantung Sebagai Kenang-Kenangan.....Dan Terima Kasih Sekali Lagi Kerana Ain Selalu Singgah Di Blog Kak Lin Dan Sudi Menghadiahkan Award Ini Pada Kak Lin.....Muaaaahhhhh.
TERIMA KASIH AIN!!
Ini Pula Award Daripada Meorjay. Terima kasih Diatas Pemberian Award Ini. Inilah Mesej Daripada Meor Untuk Kak Lin Di Ruangan Komen "Selamat berpuasa dan berbuka Kak Lin. Wah! Sedapnya laksa penang. Bestnya kalau tinggal dekat dengan Kak Lin. :: Ada hadiah buat Kak Lin, jom ambil di fp saya. Ambil tau."
TERIMA KASIH MEOR!!!
Award Ini Daripada Mamasya. Terima kasih Mama Diatas Pemberian Mama Ini....Walaupun Kak Lin Tak Pandai Masak Masih Ada Yang Sudi Bagi Kak Lin Award Ni....Dan Senantiasa Berkunjung Ke Blog Kak Lin. Sekali Lagi Kak Lin Ucapkan Terima kasih Khas Untuk Mamasya Tersayang. Muaaaaahhhhhh
TERIMA KASIH MAMASYA!!
Ini Salah Satu Daripada Menu Berbuka Puasa Semalam. Gambar-Gambar Menu Yang Lain Tak Sempat Nak Di Jadikan Model. Al Maklumlah Balik Kerja Baru Nak Bersilat Kat Dapur......Nak Beli Kat Bazar Ramadhan Tu....Bukan Tak Boleh Tapi Kak Lin Tak Selesa Dengan Suasana Yang Sesak.....Tambahan Dengan Jemnya Lagi....Kalau Cuaca Panas Setakat Beli Air Batu Jer... Itu Pun Suruh Abang Yang Pergi.
Air Asam
Bahan-Bahan:-
6 Biji Cili Padi 1 Biji Bawang Besar - Di Hiris - Sedikit Asam Jawa - Sedikit Air - Garam & Gula
Cara Menyediakannya:-
Cili Padi Kisar Dengan Air, Asam Jawa Dan Garam. Masukkan Kedalam Mangkuk Sekali Dengan Bawang Hiris.
1 Kilo Laksa Di Celur 1 Kilo Ikan Kembung 2 Batang Bunga Kantan 1 Ikan Daun Kesum 1 Senduk Cili Kisar 5 Keping Asam Gelugur ½ Keping Belacan / 2 Sudu Besar Otak Udang 2 Biji Bawang Besar 2 Biji Buah Keras 1 Batang Serai - Garam Secukup Rasa
Bahan Hiasan:-
Daun Salad Timun Lada Hidup Bawang Besar Limau Nipis / Kasturi Sambal Belacan
Cara Menyediakannya:-
Ikan Di Rebus Hingga Lembut Tulangnya. Kemudian Kisar Isi Ikan Hingga Halus. Bawang Besar, Belacan Dan Buah Keras Di Kisar Kemudian Di Masukkan Kedalam Periuk Bersama-sama Dengan Cili Kisar, Bunga Kantan, Serai, Asam Gelugur, Daun Kesum Serta Air.
Biarkan Mendidih. Setelah Mendidih Masukkan Isi Ikan Yang Telah Di Kisar Tadi Bersama Garam. Masak Lagi. Setelah Masak Bolehlah Di Hidangkan.Hiris Semua Bahan Hiasan Mengikut Citarasa Sendiri.
Masukkan Laksa Kedalam Pinggan Kemudian Masukkan Bahan Hiasan.Dan Tuangkan Kuah Keatasnya.
5 Biji Telor Itik 10 Biji Cili Padi Di Kisar 1 Inci Kunyit Di Kisar 3 Ulas Bawang Putih Di Kisar 6 Ulas Bawang Merah Di Kisar 2 Mangkuk Santan 1 Keping Asam Gelugur 2 Helai Daun Kunyit - Garam Secukup Rasa
Cara Menyediakannya:-
Masukkan Bahan Kisar Bersama-sama Santan Ke Dalam Periuk. Kemudian Di Masak Sehingga Mendidih. Masukkan Garam, Asam Keping Dan Daun Kunyit.
Akhir Sekali Masukkan Telor Satu Persatu. Biarkan Mendidih. Setelah Telor Masak Bolehlah Di Angkat Dan Di Hidangkan.
Assalamualaikum.... Ini Pulak Daging Masak Kicap Sumber Daripada Blog Pak Cik Mat. Sedap Dan Amat Menyelerakan.....Tambahan Pulak Masakan Daging Ni Memang Kegemaran Anak-Anak Kak Lin...Laju Jerlah Mereka Makan.....Selalu Gear Dua Tapi Bila Makan Daging Masak Kicap Ni Dah Tukar Gear 5 Ahakss - Terima Kasih Pak Cik Mat.
Bahan-Bahannya :-
1 Kg Daging Batang Pinang, Potong Ketulan Sederhana Besar 1 Batang Kayu Manis 1 Kuntum Bunga Lawang 2 Biji Bawang Besar, Hiris Bulat 1 Biji Cili Merah, Hiris Nipis 1 Camca Besar Sos Lada Hitam 1 Camca Teh Serbuk Lada Hitam 2 Camca Besar Cili Kisar 3 Ulas Bawang Putih – Di Kisar Halus 1 1/2 Inci Halia – Di Kisar Halus 1 Cawan Kicap Manis 1 Camca Besar Jus Asam Jawa 1/2 Cawan Air Hirisan Daun Bawang Untuk Hiasan
Cara Membuatnya:-
Panaskan Minyak, Tumis Bahan2 Kisar Bersama Kulit Kayu Manis Dan Bunga Lawang Hingga Wangi. Masukkan Cili Kisar Dan Sos Lada, Kacau Rata Dan Masak Hingga Terbit Minyak Dan Cili Garing. Masukkan Daging, Gaul Rata Dan Tuang Air.
Masukkan Kicap Dan Biar Mendidih Hingga Daging Lembut. Masukkan Jus Asam Jawa, Serbuk Lada Hitam, Hirisan Bawang Dan Cili. Kacau Rata Masak Hingga Bawang Lembut Dan Daging Empuk.
Rasa Dan Jika Ok, Boleh Diangkat Dan Taburkan Hirisan Daun Bawang Sebelum Dihidangkan Bersama Nasi Putih, Sambal Belacan Dan Ulam - Ulaman..
P/s:- Kak Lin Cuma Tambah Kentang. Setelah Daging Empuk Baru Kak Lin Masukkan Kentang.
Assalamualaikum..... Resepi Ini Daripada Mak Uda Kak Lin.....Suatu Masa Tu Kak Lin Balik Kampung Abah Kak Lin Di Maran, Pahang. Mak Uda Masaklah Kacang Botol Ni Dengan Petai....Punyalah Lajunya Adik Na Makan......Tapi Mak Uda Hiris Kacang Botol Dan Petai Tu Nipis-Nipis.
Balik Rumah Adik Na Suruh Kak Lin Masak Macam Mak Uda Masak.....Tapi Suruh Hiris Kacang Botol Tu Besar-Besar Sikit Dan Petai Tu Tak Payah Hiris...Maka Inilah Resepinya.
Bahan-Bahan:-
1 Ikat Kacang Botol 3 Papan Petai 10 Tangkai Cili Kering 1 Genggam Ikan Bilis-Di Tumbuk 1 Biji Bawang Besar 2 Ulas Bawang Putih - Sedikit Belacan - Sedikit Garam - Sedikit Gula
Cara Menyediakannya:-
Kacang Botol Di Hiris. Petai Di Buang Kulitnya. Kisar Cili Kering, Bawang Besar, Bawang Putih Dan Belacan. Kemudian Panaskan Sedikit Minyak Dan Tumis Hingga Naik Baunya. Masukkan Ikan Bilis, Garam Dan Gula Masak Lagi Hingga Mengeluarkan Minyak. Akhir Sekali Masukkan Kacang Botol Dan Petai. Balik-Balik Sebentar Kemudian Angkat.
MamaFamiHas Tagged Me With A Lovely Poem On Friendship.
We need friends for many reasons,all throughout the season. We need friends to comfort us when we are sad, and to have fun with us when we are glad. We need friends to give us good advice, We need someone we can count on, and treat us nice. We need friends to remember us once we have passed, sharing memories that will always last.
Spread the poem of friendship....
1. Everyday Life 2. Words of Love 3. Sheng's Simple Thoughts . . . 4. My Wonderful Life .... 5. Can of Thoughts 6. Designs By Vhiel 7. Vhiel's Corner 8. Anything and Everything in Between 9. A Mother's Stuff 10. http://housewifeatwork.blogspot.com/ 11. My Receipes 12. Vblogger 13. thefootloosechef 14. Yummy Food 15. MamaFaMi's Spice n Splendour 16. KakLin's Gallery 17. Your Next
I love to pass this on to... 1. Harmony Flavour 2. Hanieliza's Cooking 3. Cherita Dapur
Ucapan Ini Pula Dari Zira. Malu Kak Lin Nak Ambil Dari Fotopages Dia....Tetapi Dah Di Suruh Ambil Kena Ambil Jugalah....Kalau Tak Kecik Hati Pulak Dia.....Salam Ramadhan Juga Daripada Kak Lin Dan Terma Kasih Banyak2......Muaaaaaaaaaaaaaahhhhhh. Ingatan Mu Akan Tetap Kak Lin Kenang.
Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, Was Will Always Me, Sweetlilly's kitchen,kak lin's gallery
Ni Arahan Nya…
1. Copy Gambar Kat Atas Tu Dan Post Kat Blog Kalian
2. Teruskan Mencari Mangsa Seramai 5 Org..(Nak Lebih Pun Takpe)
3. Setelah Mengenalpasti Mangsa Yg Sesuai, Sila Tinggalkan Pesanan Di Blog
Kak Lin Telah Menerima Tag Ini Daripada Ain Dan SL. Seterusnya Kak Lin Nak Bagi Tag Ni Kepada 5 Orang Sahabat Kak Lin.....Mereka-Mereka Yang Terpilih Adalah Seperti Berikut:-
Dikesempatan Ini Kak Lin Ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang Mulia....Semoga Puasa Dan Amalan Kita Senantiasa Terperlihara Agar Di Berkati Oleh Allah Hendaknya.....Aminnnn
Sebelum Itu Kak Lin Ingin Memohon Ampuan Dan Maaf Kepada Semua Sahabat-Sahabat Kak Lin Baik Di Blog Mahupun Di Fotopages Dan Rakan-Rakan Rapat Kak Lin Jikalau Ada Salah Dan Silap Kak Lin. Al Maklumlah Kita Ni Manusia Biasa Yang Tak Lari Daripada Melakukan Kesalahan Atau Kesilapan Samaada Sengaja Atau Pun Tidak Maafkan Kak Lin Dunia Akhirat.
Ramadhan penghapus dosa di antara dua Ramadhan. Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda : "Solat yang lima, dan Juma'at ke Juma'at berikutnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa-dosa diantaranya, jika dosa-dosa besar dijauhi." ( H.R. Muslim )
Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 51 Kak Lin Ingin Mengambil Kesempatan Disini Untuk Mengucapkan Salam Kemerdekaan Untuk Sahabat-Sahabat Kak Lin Di Blog Dan Fotopages.
Marilah Kita Sama-Sama Berdoa Semoga Negara Kita Maju Dan Makmur Senantiasa Demi Generasi Yang Akan Datang....Semoga Mereka Juga Akan Dapat Merasai Kenikmatan Dan Kemakmuran Yang Kita Rasai Selama Ini......Aminnnn. Jom Nyanyi......Hehehehe
Merahmu Bara Semangat Waja Putihmu Bersih Budi Pekerti Kuning Berdaulat Payung Negara Biru Perpaduan Kami Semua
Puncak Dunia Telah Kau Tawan Lautan Luas Telah Kau Redah Membawa Semangat Jiwa Merdeka Semarak Jaya Kami Warganya
Empat Belas Melintang Jalurnya Semua Negeri Dalam Malaysia Satu Suara Satu Semangat Itu Sumpah Warga Berdaulat
Jalur Gemilang... Di Bawah Naunganmu Jalur Gemilang... Kami Semua Bersatu Perpaduan Ketaatan Amalan Murni Rakyat Malaysia Jalur Gemilang... Megah Kami Terasa Jalur Gemilang... Kibarkanlah Wawasan Merah Putih Biru Kuning Jalur Semangat Kami Semua
Assalamualaikum.... Award Ini Kak Lin Terima Daripada AishahTerima Kasih.....Terima Kasih Dan Terima Kasih...Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Selamanya Walaupun Hanya Di Cyber.
Kak Lin Hadiahkan Pula Award Ini Kepada Mereka-Mereka Yang Kak Lin Sayangi..Agar Beliau Dapat Menjadikan Award Ini Sebagai Perhiasan Di Blog Atau Fp Beliau.
Hari Sabtu Minggu Lepas Kak Lin Menerima 3 Orang Tetamu. Seorang Adik Angkat Kak Lin Yang Masih Belajar Di Trengganu.....Osri Dan Seorang Lagi Ajib Adik Angkat Kak Lin Yang Berada Disini Datang Dengan Kawannya Untuk Programkan Semula Komputer Kak Lin. Kak Lin Hidangkan Mereka Dengan Mee Rebus. Ringkas Dan Mudah Kot.....Hehehehehe
Sebenarnya Adik Angkat Kak Lin Yang Belajar Di Trengganu Tu Nak Balik Semula Ke Sana Setelah Habis Cuti Selama Seminggu. Jadinya Kak Lin Nak Kirimkan Biskut Semprit Untuk Ida Natrah Sebab Kak Lin Dah Janji Dengan Ida Natrah Kalau Kak Lin Ke Trengganu Kak Lin Akan Bawakan Biskut Semprit Kegemarannya.
Walaupun Kak Lin Tak Dapat Datang Kesana Tapi Idah Natrah Dah Dapat Merasai Biskut Semprit Yang Kak Lin Kirimkan......Terima Kasih Osri. Budimu Akan Tetap Di Kenang.
Bahan-Bahan:-
1 Kilo Mee Kuning 300 Gram Udang 5 Biji Cili Merah – Di Hiris 3 Keping Tahu Goreng – Di Hiris 3 Biji Telor Rebus – Di Belah 2 5 Biji Limau Kasturi - Sedikit Taugeh - Bawang Goreng - Daun Bawang – Di Hiris
Bahan Kuah:-
5 Buku Keledek – Di Rebus Di Kisar Dengan Air 300 Gram Udang Kering – Di Kisar 100 Gram Serbuk Kari Daging 10 Biji Cili Kering 8 Ulas Bawang Putih 3 Batang Serai 1 Inci Halia
Cara Menyediakannya:-
Mee Di Bersihkan Dan Di Celur Dengan Air Panas. Kak Lin Masak Air Panas Tuangkan Di atas Mee. Cili Kering, Bawang Putih, Serai Dan Halia Di Kisar Kemudian Tumis Hingga Garing.
Masukkan Udang Kering Dan Serbuk Kari Daging. Masak Lagi. Akhir Sekali Masukkan Pula Air, Keledek Kisar, Udang, Garam Dan Gula. Biarkan Mendidih.
Masukkan Mee Ke Dalam Mangkuk, Bubuh Taugeh, Tahu, Telor Rebus, Bawang Goreng, Daun Bawang Dan Limau Kasturi. Tuangkan Kuah Diatasnya.
Assalamualaikum.....Selepas Daripada Membuat Lawatan Di LGM.....Kak Lin Sekeluarga Dan Adik Angkat Kak Lin Pergi Berkelah Di Ulu Yam.....Mandi Manda Di Air Terjun.....Tapi Kak Lin Tak Mandi Ler.....Sejuknya.....Lagi Pun Masa Tu Baru Lepas Hujan....Budak-Budak Ni Bukan Kira Pun Sejuk Ke Tidak.... Terus Terjun Jer.....Lebih Kurang Satu Jam Budak-Budak Ni Berendam....Masing-Masing Dalam Kesejukkan......Kami Pun Berangkat Balik Ke Sungai Buloh.
Ini Pula Award DaripadaMamasya......Terima Kasih Mama Kerana Mama Selalu Mengingati Diri Ini.....Terharunya.....Ahakss. Semoga Persahabatan Yang Kita Bina Dengan Rasa Keikhlasan Akan Berterusan Hendaknya Sepanjang Hayat.....Amin.
Award Yang Cantik Ini Kak Lin Hadiahkan Kepada Teman-Teman Tersayang Yang Baik Hati Dan Selalu Singgah Di Blog Kak Lin.
Nama-Nama Yang Tersenarai Di Bawah Sila Datang Untuk Mengambil Award........Kak Lin Sayang Anda Semua.......Muaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh.
Ini Pula Tag Daripada Zira......Kak Lin Dah Jawab Semua Soalan-Soalan Yang Di Berikan.....Ada Betul Ka Semua Jawapan Tu......Cikgu Zira? Ahakss Kak Lin Pun Suka Melawat Fotopages Zira Cantik.....Masakannya Pun Sedap-Sedap.......Tapi Kak Lin Tak Pernah Rasa Lagi......Bila Laaa Agaknya Kak Lin Dapat Rasa Masakan Zira? Pos Boleh Ke? Ahakss
RULES The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you've posted your answer. So now, on to the questions...
1) What were you doing 5 years ago? > Tak Ingat Ler….Dah Lama Tu…. Tahun 2003
2) What are 5 things on your to-do list for today? >>Bangun Pagi Kemas Rumah
>>Kalau Rajin Masak Kalau Malas Beli
>>Perkara Wajib Setiap Hari – Tengok Kerja Sekolah Anak
>>Tengok Email Dan Edit Blog
>>Menjahit Baju
3) What are 5 snacks you enjoy? >>Suka Makan Kuaci >>Suka Makan Kerepek Ubi Pedas >>Sukan Makan Keropok Ikan >>Suka Makan Kacang >>Suka Makan Rempeyek
4) What are five things you would do if you were a billionaire? >>Bawa Keluarga Menunaikan Fardhu Haji >>Zakat >>Sedekah Pada Fakir Miskin >>Buat Simpanan Untuk Masa Depan >>Buat Rumah Besar Untuk Keluarga
5) What are five jobs you've had? >>Pernah Kerja Kerani Akaun – Sykt Perumahan
>>Pernah Kerja Kerani Akaun – Sykt Pembalakan
>>Pernah Menjadi Pengurus Kewangan – Firma Guaman
>>Pernah Menjadi Pembantu Akauntan -Firma Guaman
>>Pekerjaan Sekrg – Berkaitan Dengan LHDN…
Pada Sahabat-Sahabat Tersayang Yang Ingin Menjawab Tag Ini Untuk Di Pastekan Di Blog Dan Fotopages Masing-Masing Silakan Yer. Untuk Zira Terima Kerana Sudi Tag Kak Lin....Daripada Tag Ini Kita Dapat Tahu Sedikit Sebanyak Tentang Latarbelakang Sahabat Kita.