Thursday, September 11, 2008

Buah Melaka & Daging Goreng Ketumbar

Daging Goreng Ketumbar Ni Kegemaran Abang Kak Lin.....Kalau Beli Daging Sebahagian Daripadanya Mesti Di Goreng Begini. Resepinya Senang Dan Mudah.

Bahan-Bahan:-

1/2 Kilo Daging
100 Gram Ketumbar Biji
2 Inci Kunyit Hidup
4 Biji Bawang Putih
- Garam Secukupnya
- Sedikit Air

Cara Menyediakannya:-

Daging Di Potong Nipis-Nipis. Basuh Dan Toskan. Kisar Semua Bahan Dengan Sedikit Air Kemudian Gaulkan Keatas Daging Tadi.

Panaskan Minyak Dan Goreng Hingga Daging Keperang-perangan. Angkat Dan Hidangkan.


Ini Pula Buah Melaka Yang Mak Kak Lin Buat.......Bila Bulan Ramadhan Mak Kak Lin Suka Buat Kuih Ni.....Minggu Lepas Mak Ikut Kak Lin Balik Segamat.......Inilah Diantara Juadah Yang Di Hidangkan Untuk Berbuka Puasa....Apa Lagi Kak Lin Pun Ambil Kesempatan Untuk......Jadikannya Model Blog Kak Lin.....Ahakss......Baik Punya Anak......


Bahan-Bahan:-

2 Cawan Tepung Pulut
2 Ketul Gula Melaka
1/2 Biji Kelapa Muda Parut
- Sedikit Perwarna Hijau
- Sedikit Garam


Cara Membuatnya:-

Tepung Pulut Di Bancuh Dengan Air Sedikit Demi Sedikit Hingga Menjadi Doh. Ambil Sedikit Mengikut Saiz Yang Di Sukai.

Kemudian Bubuhkan Gula Melaka Di Tengahnya Dan Di Bulat-Bulatkan Menjadi Bola. Masak Air Hingga Mendidih Kemudian Masukkan Bebola Tepung Tadi.

Bila Bebola Tersebut Sudah Timbul Bolehlah Diangkat Dan Toskan.. Sesudah Itu Golek-golekkan Diatas Kelapa Parut Tadi. Hidangkan.


Cencaru Bakar & Hadiah

Award Ini Pula Daripada Ain. Terima kasih Banyak-Banyak Ain....Akan Kak Lin Gantung Sebagai Kenang-Kenangan.....Dan Terima Kasih Sekali Lagi Kerana Ain Selalu Singgah Di Blog Kak Lin Dan Sudi Menghadiahkan Award Ini Pada Kak Lin.....Muaaaahhhhh.

TERIMA KASIH AIN!!

Ini Pula Award Daripada Meorjay. Terima kasih Diatas Pemberian Award Ini. Inilah Mesej Daripada Meor Untuk Kak Lin Di Ruangan Komen "Selamat berpuasa dan berbuka Kak Lin. Wah! Sedapnya laksa penang. Bestnya kalau tinggal dekat dengan Kak Lin.
:: Ada hadiah buat Kak Lin, jom ambil di fp saya. Ambil tau."

TERIMA KASIH MEOR!!!



Award Ini Daripada Mamasya. Terima kasih Mama Diatas Pemberian Mama Ini....Walaupun Kak Lin Tak Pandai Masak Masih Ada Yang Sudi Bagi Kak Lin Award Ni....Dan Senantiasa Berkunjung Ke Blog Kak Lin. Sekali Lagi Kak Lin Ucapkan Terima kasih Khas Untuk Mamasya Tersayang. Muaaaaahhhhhh

TERIMA KASIH MAMASYA!!



Ini Salah Satu Daripada Menu Berbuka Puasa Semalam. Gambar-Gambar Menu Yang Lain Tak Sempat Nak Di Jadikan Model. Al Maklumlah Balik Kerja Baru Nak Bersilat Kat Dapur......Nak Beli Kat Bazar Ramadhan Tu....Bukan Tak Boleh Tapi Kak Lin Tak Selesa Dengan Suasana Yang Sesak.....Tambahan Dengan Jemnya Lagi....Kalau Cuaca Panas Setakat Beli Air Batu Jer... Itu Pun Suruh Abang Yang Pergi.


Air Asam

Bahan-Bahan:-

6 Biji Cili Padi
1 Biji Bawang Besar - Di Hiris
- Sedikit Asam Jawa
- Sedikit Air
- Garam & Gula

Cara Menyediakannya:-

Cili Padi Kisar Dengan Air, Asam Jawa Dan Garam. Masukkan Kedalam Mangkuk Sekali Dengan Bawang Hiris.



Monday, September 8, 2008

Laksa Penang



Bahan-Bahan:-

1 Kilo Laksa Di Celur
1 Kilo Ikan Kembung
2 Batang Bunga Kantan
1 Ikan Daun Kesum
1 Senduk Cili Kisar
5 Keping Asam Gelugur
½ Keping Belacan / 2 Sudu Besar Otak Udang
2 Biji Bawang Besar
2 Biji Buah Keras
1 Batang Serai
- Garam Secukup Rasa

Bahan Hiasan:-

Daun Salad
Timun
Lada Hidup
Bawang Besar
Limau Nipis / Kasturi
Sambal Belacan

Cara Menyediakannya:-

Ikan Di Rebus Hingga Lembut Tulangnya. Kemudian Kisar Isi Ikan Hingga Halus. Bawang Besar, Belacan Dan Buah Keras Di Kisar Kemudian Di Masukkan Kedalam Periuk Bersama-sama Dengan Cili Kisar, Bunga Kantan, Serai, Asam Gelugur, Daun Kesum Serta Air.


Biarkan Mendidih. Setelah Mendidih Masukkan Isi Ikan Yang Telah Di Kisar Tadi Bersama Garam. Masak Lagi. Setelah Masak Bolehlah Di Hidangkan.Hiris Semua Bahan Hiasan Mengikut Citarasa Sendiri.


Masukkan Laksa Kedalam Pinggan Kemudian Masukkan Bahan Hiasan.Dan Tuangkan Kuah Keatasnya.



Telor Itik Masak Lemak

Bahan-Bahannya:-

5 Biji Telor Itik
10 Biji Cili Padi Di Kisar
1 Inci Kunyit Di Kisar
3 Ulas Bawang Putih Di Kisar
6 Ulas Bawang Merah Di Kisar
2 Mangkuk Santan
1 Keping Asam Gelugur
2 Helai Daun Kunyit
- Garam Secukup Rasa

Cara Menyediakannya:-

Masukkan Bahan Kisar Bersama-sama Santan Ke Dalam Periuk. Kemudian Di Masak Sehingga Mendidih. Masukkan Garam, Asam Keping Dan Daun Kunyit.

Akhir Sekali Masukkan Telor Satu Persatu. Biarkan Mendidih. Setelah Telor Masak Bolehlah Di Angkat Dan Di Hidangkan.



Friday, September 5, 2008

Daging Masak Kicap

Assalamualaikum....
Ini Pulak Daging Masak Kicap Sumber Daripada Blog Pak Cik Mat. Sedap Dan Amat Menyelerakan.....Tambahan Pulak Masakan Daging Ni Memang Kegemaran Anak-Anak Kak Lin...Laju Jerlah Mereka Makan.....Selalu Gear Dua Tapi Bila Makan Daging Masak Kicap Ni Dah Tukar Gear 5 Ahakss - Terima Kasih Pak Cik Mat.


Bahan-Bahannya :-


1 Kg Daging Batang Pinang, Potong Ketulan Sederhana Besar
1 Batang Kayu Manis
1 Kuntum Bunga Lawang
2 Biji Bawang Besar, Hiris Bulat
1 Biji Cili Merah, Hiris Nipis
1 Camca Besar Sos Lada Hitam
1 Camca Teh Serbuk Lada Hitam
2 Camca Besar Cili Kisar
3 Ulas Bawang Putih – Di Kisar Halus
1 1/2 Inci Halia – Di Kisar Halus
1 Cawan Kicap Manis
1 Camca Besar Jus Asam Jawa
1/2 Cawan Air
Hirisan Daun Bawang Untuk Hiasan

Cara Membuatnya:-

Panaskan Minyak, Tumis Bahan2 Kisar Bersama Kulit Kayu Manis Dan Bunga Lawang Hingga Wangi. Masukkan Cili Kisar Dan Sos Lada, Kacau Rata Dan Masak Hingga Terbit Minyak Dan Cili Garing. Masukkan Daging, Gaul Rata Dan Tuang Air.

Masukkan Kicap Dan Biar Mendidih Hingga Daging Lembut. Masukkan Jus Asam Jawa, Serbuk Lada Hitam, Hirisan Bawang Dan Cili. Kacau Rata Masak Hingga Bawang Lembut Dan Daging Empuk.

Rasa Dan Jika Ok, Boleh Diangkat Dan Taburkan Hirisan Daun Bawang Sebelum Dihidangkan Bersama Nasi Putih, Sambal Belacan Dan Ulam - Ulaman..

P/s:- Kak Lin Cuma Tambah Kentang. Setelah Daging Empuk Baru Kak Lin Masukkan Kentang.



Wednesday, September 3, 2008

Kacang Botol Goreng Petai

Assalamualaikum.....
Resepi Ini Daripada Mak Uda Kak Lin.....Suatu Masa Tu Kak Lin Balik Kampung Abah Kak Lin Di Maran, Pahang. Mak Uda Masaklah Kacang Botol Ni Dengan Petai....Punyalah Lajunya Adik Na Makan......Tapi Mak Uda Hiris Kacang Botol Dan Petai Tu Nipis-Nipis.

Balik Rumah Adik Na Suruh Kak Lin Masak Macam Mak Uda Masak.....Tapi Suruh Hiris Kacang Botol Tu Besar-Besar Sikit Dan Petai Tu Tak Payah Hiris...Maka Inilah Resepinya.


Bahan-Bahan:-

1 Ikat Kacang Botol
3 Papan Petai
10 Tangkai Cili Kering
1 Genggam Ikan Bilis-Di Tumbuk
1 Biji Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
- Sedikit Belacan
- Sedikit Garam
- Sedikit Gula

Cara Menyediakannya:-

Kacang Botol Di Hiris. Petai Di Buang Kulitnya. Kisar Cili Kering, Bawang Besar, Bawang Putih Dan Belacan. Kemudian Panaskan Sedikit Minyak Dan Tumis Hingga Naik Baunya. Masukkan Ikan Bilis, Garam Dan Gula Masak Lagi Hingga Mengeluarkan Minyak. Akhir Sekali Masukkan Kacang Botol Dan Petai. Balik-Balik Sebentar Kemudian Angkat.



Tuesday, September 2, 2008

Tag From MamaFami

MamaFami Has Tagged Me With A Lovely Poem On Friendship.


We need friends for many reasons,all throughout the season.
We need friends to comfort us when we are sad, and to have fun with us when we are glad.
We need friends to give us good advice,
We need someone we can count on, and treat us nice.
We need friends to remember us once we have passed, sharing memories that will always last.

Spread the poem of friendship....

1. Everyday Life
2. Words of Love
3. Sheng's Simple Thoughts . . .
4. My Wonderful Life ....
5. Can of Thoughts
6. Designs By Vhiel
7. Vhiel's Corner
8. Anything and Everything in Between
9. A Mother's Stuff
10. http://housewifeatwork.blogspot.com/
11. My Receipes
12. Vblogger
13. thefootloosechef
14. Yummy Food
15. MamaFaMi's Spice n Splendour
16. KakLin's Gallery 17. Your Next

I love to pass this on to...
1. Harmony Flavour
2. Hanieliza's Cooking
3. Cherita Dapur

Saturday, August 30, 2008

Tag From Ain, SL Dan Ucapan From Zira

Ucapan Ini Pula Dari Zira. Malu Kak Lin Nak Ambil Dari Fotopages Dia....Tetapi Dah Di Suruh Ambil Kena Ambil Jugalah....Kalau Tak Kecik Hati Pulak Dia.....Salam Ramadhan Juga Daripada Kak Lin Dan Terma Kasih Banyak2......Muaaaaaaaaaaaaaahhhhhh. Ingatan Mu Akan Tetap Kak Lin Kenang.


Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, Was Will Always Me, Sweetlilly's kitchen,kak lin's gallery

Ni Arahan Nya…

1. Copy Gambar Kat Atas Tu Dan Post Kat Blog Kalian

2. Teruskan Mencari Mangsa Seramai 5 Org..(Nak Lebih Pun Takpe)

3. Setelah Mengenalpasti Mangsa Yg Sesuai, Sila Tinggalkan Pesanan Di Blog

Mereka

4. Lastly, Jgn Lupa Tempek Url Kalian Sebelah Url Kaklin Tuh...


Kak Lin Telah Menerima Tag Ini Daripada Ain Dan SL. Seterusnya Kak Lin Nak Bagi Tag Ni Kepada 5 Orang Sahabat Kak Lin.....Mereka-Mereka Yang Terpilih Adalah Seperti Berikut:-


1. Mamasya
2. Zira
3. Mamaera
4. Hajar
5. Aishah