Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Monday, September 22, 2008

Happy Belated Birthday Angah

Pada 21hb September, 2008 Birthday Angah Yang Ke 14 Tahun. Kak Lin Tidak Dapat Meraikanya Kerana Beliau Berada Di Kluang. Pagi Tadi Dia Telefon Kak Lin Untuk Memohon Maaf Dan Minta Kak Lin Doakan Kejayaan Dia Di Dalam Menghadapi Peperiksaan Sijil Rendah Agama Mulai Isnin Ini 22hb. Setember, 2008. Kak Lin Juga Dah Sampaikan Pada Dia Ucapan Birthday Daripada MamaFami.

"Ibu Senantiasa Maafkan Angah......Semoga Angah Di Panjangkan Usia Di Murahkan Rezeki.....Berjaya Di Dalam Setiap Peperiksaan Yang Di Hadapi......Menjadi Anak Yang Soleh........Dan Yang Paling Penting Jangan Tinggal Solat......Carilah Ketenangan Hati Dengan Memperbanyakkan Membaca Al-Quran..."

Friday, September 12, 2008

Pergi Tak Kembali

Pagi Tadi 11/09/2008 Bapa Mertua Kak Lin Pergi Ke Klinik Dengan Adik Ipar Untuk Membuat Pemeriksaan Kesihatan....Tetapi Bapa Mertua Kak Lin Telah Terjatuh Di Klinik. Menurut Kata Doktor Yang Merawatnya....Tak Ada Apa-Apa Masalah.....

Tetapi Baru Sebentar Tadi Lebih Kurang Jam 11.00 Malam Kak Lin Mendapat Berita Bapa Mertua Kak Lin Telah Di Hantar Ke Hospital Muar Kerana Muntah-Muntah Dan Tidak Menjawab Bila Di Panggil.

Kak Lin Nak Balik Kg Dan Melawat Beliau Di Hospital Malam-Malam Begini Tentu Tidak Di Benarkan Sebab Bukan Waktu Melawat.....Sekarang Ni Kak Lin Tengah Menunggu Panggilan Daripada Adik Ipar Tentang Perkembangan Selanjutnya.

Jam 2.00 Pagi 12/09/2008 Kak Lin Mendapat Berita Bapa Mertua Kak Lin Dalam keadaan Kritikal......Pagi Ini Juga Kak Lin Akan Pulang Ke Kg Abang Di Muar......


AL-FATIHAH.....UNTUK ABAH DAN MAK MERTUAKU.....


Kak Lin Sampai Di Hospital Muar Jam 7.55 Pagi. Bapa Mertua Kak Lin Di Tempatkan Di Wad ICU Dalam Keadaan Koma....Menurut Kata Doktor Beliau Koma Bukan Sebab Jatuh....Tetapi Disebabkan Paru-Paru Berair Yang Telah Di Jangkiti Kuman.....Beliau Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Pada Hari Jumaat 12/09/2008 Jam 12.00pm bersamaan 12 Ramadhan 1429H.

Secebis Kenangan......

Bapa Dan Mak Mertua Kak Lin Adalah Bekas Guru Agama.....Kedua-duanya Pernah Bertugas Di Beberapa Sekolah Daerah Di Muar......Mak Mertua Kak Lin Telah Meninggal Dunia Pada 15/12/2007 Iaitu 9 Bulan Sebelum Bapa Mertua Kak Lin. Mereka Telah Di Kurniakan 10 Orang Anak 5 Lelaki Dan 5 Perempuan.....8 Daripada 10 Orang Anak-Anak Beliau Adalah Guru Agama Yang Mengajar Di Kluang, Segamat, Johor Dan Muar. Kebanyakkannya Anak-Anak Beliau Berkelulusan Daripada Universiti Al-Azhar, Mesir Dan Universiti Tempatan.

Bapa Dan Mak Mertua Kak Lin Ni Walaupun Tegas Tetapi Penyayang.....Sayang Beliau Pada Anak-Anak Menantu Dan Juga Cucu Tiada Bezanya.....Beliau Juga Pernah Dicalunkan Sebagai Bapa Dan Ibu Mithali Peringkat Daerah Beberapa Tahun Dahulu...

Inilah Tahun Pertama Berhari Raya Tanpa Mereka Berdua. Kak Lin Benar-Benar Rasa Terharu Dan Sedih Diatas Pemergian Mereka Berdua Kerahmatullah.....Tetapi Apakan Daya Tuhan Lebih Menyayangi Mereka Berdua. Semoga Roh Mereka Berdua Dicucuri Rahmat Dan Di tempatkan Bersama Orang-Orang Yang Soleh Dan Solehah....Aminnnn.

Kami Akan Senantiasa Merindui Mu.....Setiap Kali Kami Rindu Kami Akan Iringkan Doa ,Al-Fatihah Dan Ayat-Ayat Suci Untuk Mu....... Itulah Janji Kami......Untuk Mak Dan Abah...Yang Kami Sayangi!



Pada Rakan-Rakan Di Fp Dan Blog Yang Telah Mengucapkan Takziah Di Blog Kak Lin Ini Dan Juga Melalui SMS......Jutaan Terima Kasih Kak Lin Ucapkan.....


Saturday, August 30, 2008

Tag From Ain, SL Dan Ucapan From Zira

Ucapan Ini Pula Dari Zira. Malu Kak Lin Nak Ambil Dari Fotopages Dia....Tetapi Dah Di Suruh Ambil Kena Ambil Jugalah....Kalau Tak Kecik Hati Pulak Dia.....Salam Ramadhan Juga Daripada Kak Lin Dan Terma Kasih Banyak2......Muaaaaaaaaaaaaaahhhhhh. Ingatan Mu Akan Tetap Kak Lin Kenang.


Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, Was Will Always Me, Sweetlilly's kitchen,kak lin's gallery

Ni Arahan Nya…

1. Copy Gambar Kat Atas Tu Dan Post Kat Blog Kalian

2. Teruskan Mencari Mangsa Seramai 5 Org..(Nak Lebih Pun Takpe)

3. Setelah Mengenalpasti Mangsa Yg Sesuai, Sila Tinggalkan Pesanan Di Blog

Mereka

4. Lastly, Jgn Lupa Tempek Url Kalian Sebelah Url Kaklin Tuh...


Kak Lin Telah Menerima Tag Ini Daripada Ain Dan SL. Seterusnya Kak Lin Nak Bagi Tag Ni Kepada 5 Orang Sahabat Kak Lin.....Mereka-Mereka Yang Terpilih Adalah Seperti Berikut:-


1. Mamasya
2. Zira
3. Mamaera
4. Hajar
5. Aishah




Friday, August 29, 2008

Ramadhan Yang Merdeka

Assalamualaikum.....

Dikesempatan Ini Kak Lin Ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang Mulia....Semoga Puasa Dan Amalan Kita Senantiasa Terperlihara Agar Di Berkati Oleh Allah Hendaknya.....Aminnnn

Sebelum Itu Kak Lin Ingin Memohon Ampuan Dan Maaf Kepada Semua Sahabat-Sahabat Kak Lin Baik Di Blog Mahupun Di Fotopages Dan Rakan-Rakan Rapat Kak Lin Jikalau Ada Salah Dan Silap Kak Lin. Al Maklumlah Kita Ni Manusia Biasa Yang Tak Lari Daripada Melakukan Kesalahan Atau Kesilapan Samaada Sengaja Atau Pun Tidak Maafkan Kak Lin Dunia Akhirat.

Ramadhan penghapus dosa di antara dua Ramadhan. Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda :
"Solat yang lima, dan Juma'at ke Juma'at berikutnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa-dosa diantaranya, jika dosa-dosa besar dijauhi."
( H.R. Muslim )


Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 51 Kak Lin Ingin Mengambil Kesempatan Disini Untuk Mengucapkan Salam Kemerdekaan Untuk Sahabat-Sahabat Kak Lin Di Blog Dan Fotopages.

Marilah Kita Sama-Sama Berdoa Semoga Negara Kita Maju Dan Makmur Senantiasa Demi Generasi Yang Akan Datang....Semoga Mereka Juga Akan Dapat Merasai Kenikmatan Dan Kemakmuran Yang Kita Rasai Selama Ini......Aminnnn. Jom Nyanyi......Hehehehe


Merahmu Bara Semangat Waja
Putihmu Bersih Budi Pekerti
Kuning Berdaulat Payung Negara
Biru Perpaduan Kami Semua

Puncak Dunia Telah Kau Tawan
Lautan Luas Telah Kau Redah
Membawa Semangat Jiwa Merdeka
Semarak Jaya Kami Warganya

Empat Belas Melintang Jalurnya
Semua Negeri Dalam Malaysia
Satu Suara Satu Semangat
Itu Sumpah Warga Berdaulat

Jalur Gemilang... Di Bawah Naunganmu
Jalur Gemilang... Kami Semua Bersatu
Perpaduan Ketaatan
Amalan Murni Rakyat Malaysia
Jalur Gemilang... Megah Kami Terasa
Jalur Gemilang... Kibarkanlah Wawasan
Merah Putih Biru Kuning
Jalur Semangat Kami Semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur Gemilang

Monday, August 18, 2008

Happy Birthday Adik


"SELAMAT HARI LAHIR ADIK!"

Anak


Anak Ku Yang Tercinta

Jika Kamu Alim Jadilah Obor Seluruh Alam
Jika Kamu Jahil Bernaunglah Di Bawah Cahaya
Jika Kamu Kaya Bantulah Pada Yang Miskin
Jika Kamu Miskin Berbanggalah Untuk Keredhaan Tuhan Mu
Hindarlah Dari Meminta-Minta Supaya Terpelihara Keizzahan Mu
Biarlah Kamu Miskin Dengan Tuhanmu
Tetapi...
Kaya Dengan Budi Bahasamu


Jika Kau Saudagar
Jauhilah Riba Betulkan Timbangan
Berbuat Adillah Dalam Berjual Beli
Jika Kamu Perlu Mintalah Kepada Tuhanmu
Agar Manusia Tidak Menghinamu
Jika Pemimpin Jadilah Payung Kepada Umatnya
Rendahkan Sayapmu Jika Kamu Dipimpin
Serahkanlah Kepada Kebijaksanaan Ketuamu


Jika Kamu Pejuang
Banyakkan Mengingati Tuhanmu Hadapilah Musuh
Jangan Melampaui Balasan-Batasannya
Jika Kamu Menderita, Tersiksa Berserahlah Kamu Itu Tanda 'Basyar' Dari Tuhan
Kerana Tuhan Kasih Padamu
Kasih Tuhan Itu Lebih Dari Kasih Seorang Ibu Kepada Anaknya



Friday, August 1, 2008

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 22




Assalamualaikum....Gambar Di Atas Ini Adalah Pemberian Daripada MamaFami. Awal Pagi Ni MamaFami Adalah Orang Pertama Yang Memberikan Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Melalui Sms Untuk Kak Lin. Terima Kasih Mama....Muaaaaaah

Sebenarnya Hari Ini 1hb. Ogos, 2008 Adalah Ulang Tahun Perkahwinan Kak Lin Yang Ke 22 Tahun. Lama Tu.... Dalam Tempoh Itu Pelbagai Dugaan Dan Cabaran Yang Kami Tempuhi Dalam Menempuh Bahtera Kehidupan Sebagai Seorang Ibu Dan Ayah Dalam Mendidih Anak-Anak Demi Kebahagian Kami Dalam Membentuk Keluarga Bahagia. Semoga Jodoh Pertemuan Kami Berkekalan Dan Di Berkati Oleh ALLAH Hingga Ke Akhir Hayat.... Aminnnn....




Sunday, July 27, 2008

Selamat Hari Lahir Kak Lin


Untuk Abang, Anak-Anak, Rakan-Rakan Fotopages, Blog Dan Rakan-Rakan Sepejabat Serta Sahabat Andai Jauh Dan Dekat Yang Telah Mengucapkan "Happy Birthday" Tepat Jam 12.01 Minit Pagi......Ada Yang Sampai Tak Tidur Kerana Ingin Menunggu Detik 12.00 Malam Maka Kak Lin Ingin Mengambil Kesempatan Di Sini Untuk Mengucapkan Jutaan Diatas Ingatan Kalian Pada Kak Lin....Terima Kasih.

Pada Yang Telah Memberi Cenderahati Pada Kak Lin.....Terima Kasih Sekali Lagi Kak Lin Ucapkan. Agar Kak Lin Simpan Sebagai Kenangan Sehingga Ke Akhir Hayat.

Semoga Kalian Semua Di Panjangkan Usia, Di Murahkan Rezeki, Senantiasa Dalam Rahmat Allah, Agar Kehidupan Kalian Di Berkati Dalam Kebahagiaan Yang Hakiki....Aminnnn.


Saturday, July 26, 2008

Selamat Hari Lahir Abang


4hb Julai, 2008 Birthday Abang Yang Ke 51 Tahun......Semoga Panjang Umur Murah Rezeki....Dan Senantiasa Beroleh Kebahagian Hendaknya......Terima Kasih Di atas Segala Kasih Sayang Yang Di Berikan......Muaaaaaaaaahhhhhhh.......I Love U.


Inilah Hadiah Yang Tak Seberapa Daripada Kak Lin Untuk Abang......Tapi Kasih Sayang Yang Diberikan Tidak Sama Dengan Hadiah Ini......