Friday, September 12, 2008

Pergi Tak Kembali

Pagi Tadi 11/09/2008 Bapa Mertua Kak Lin Pergi Ke Klinik Dengan Adik Ipar Untuk Membuat Pemeriksaan Kesihatan....Tetapi Bapa Mertua Kak Lin Telah Terjatuh Di Klinik. Menurut Kata Doktor Yang Merawatnya....Tak Ada Apa-Apa Masalah.....

Tetapi Baru Sebentar Tadi Lebih Kurang Jam 11.00 Malam Kak Lin Mendapat Berita Bapa Mertua Kak Lin Telah Di Hantar Ke Hospital Muar Kerana Muntah-Muntah Dan Tidak Menjawab Bila Di Panggil.

Kak Lin Nak Balik Kg Dan Melawat Beliau Di Hospital Malam-Malam Begini Tentu Tidak Di Benarkan Sebab Bukan Waktu Melawat.....Sekarang Ni Kak Lin Tengah Menunggu Panggilan Daripada Adik Ipar Tentang Perkembangan Selanjutnya.

Jam 2.00 Pagi 12/09/2008 Kak Lin Mendapat Berita Bapa Mertua Kak Lin Dalam keadaan Kritikal......Pagi Ini Juga Kak Lin Akan Pulang Ke Kg Abang Di Muar......


AL-FATIHAH.....UNTUK ABAH DAN MAK MERTUAKU.....


Kak Lin Sampai Di Hospital Muar Jam 7.55 Pagi. Bapa Mertua Kak Lin Di Tempatkan Di Wad ICU Dalam Keadaan Koma....Menurut Kata Doktor Beliau Koma Bukan Sebab Jatuh....Tetapi Disebabkan Paru-Paru Berair Yang Telah Di Jangkiti Kuman.....Beliau Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Pada Hari Jumaat 12/09/2008 Jam 12.00pm bersamaan 12 Ramadhan 1429H.

Secebis Kenangan......

Bapa Dan Mak Mertua Kak Lin Adalah Bekas Guru Agama.....Kedua-duanya Pernah Bertugas Di Beberapa Sekolah Daerah Di Muar......Mak Mertua Kak Lin Telah Meninggal Dunia Pada 15/12/2007 Iaitu 9 Bulan Sebelum Bapa Mertua Kak Lin. Mereka Telah Di Kurniakan 10 Orang Anak 5 Lelaki Dan 5 Perempuan.....8 Daripada 10 Orang Anak-Anak Beliau Adalah Guru Agama Yang Mengajar Di Kluang, Segamat, Johor Dan Muar. Kebanyakkannya Anak-Anak Beliau Berkelulusan Daripada Universiti Al-Azhar, Mesir Dan Universiti Tempatan.

Bapa Dan Mak Mertua Kak Lin Ni Walaupun Tegas Tetapi Penyayang.....Sayang Beliau Pada Anak-Anak Menantu Dan Juga Cucu Tiada Bezanya.....Beliau Juga Pernah Dicalunkan Sebagai Bapa Dan Ibu Mithali Peringkat Daerah Beberapa Tahun Dahulu...

Inilah Tahun Pertama Berhari Raya Tanpa Mereka Berdua. Kak Lin Benar-Benar Rasa Terharu Dan Sedih Diatas Pemergian Mereka Berdua Kerahmatullah.....Tetapi Apakan Daya Tuhan Lebih Menyayangi Mereka Berdua. Semoga Roh Mereka Berdua Dicucuri Rahmat Dan Di tempatkan Bersama Orang-Orang Yang Soleh Dan Solehah....Aminnnn.

Kami Akan Senantiasa Merindui Mu.....Setiap Kali Kami Rindu Kami Akan Iringkan Doa ,Al-Fatihah Dan Ayat-Ayat Suci Untuk Mu....... Itulah Janji Kami......Untuk Mak Dan Abah...Yang Kami Sayangi!



Pada Rakan-Rakan Di Fp Dan Blog Yang Telah Mengucapkan Takziah Di Blog Kak Lin Ini Dan Juga Melalui SMS......Jutaan Terima Kasih Kak Lin Ucapkan.....


18 comments:

Sabrina said...

Salam Kak Leen,
Sab doakan agar ayah mertua Kak Leen cepat sembuh dan banyakkan bersabar yer Kak Leen.. Take care

MamaFaMi said...

Salaam Lin...

Kita doakan yang terbaik aje buat ayah mertua Lin ye...

MamaFaMi said...

Innalillahi wa inna illaihi raji'un
Al-Fatihah buat ayah mertua Lin...

Anonymous said...

Salam K.Leen
Terbaca message mamaFami kat blog K.Leen ni....
Al-Fatihah buat ayah mertua K.Lin...semoga rohnya dicucuri rahmat. Salam takziah buat K.Leen sekeluarga..

hanieliza said...

Innalillah..
semoga roh ayah mertua Leen ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh...
buat Leen..semoga tabah emnghadapi ujian ini..

Anonymous said...

Salam kak leen,
salam takziah buat kak leen,semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah buat bapa mertua akak..
moga roh nya di cucuri rahmat.

Sabrina said...

Salam takziah buat Kak Leen sekeluarga.
Al-Fatihah buat arwah. Semoga arwah ayah mertua Kak Leen dirahmati Allah dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Banyakkan bersabar yer Kak Leen.

cikwan said...

Innalillahi wa inna illaihi raji'un, Al-Fatihah buat pemergian bapa mertua kak lin dan semoga rohnya bersama org2 yang beriman. Banyak kan bersabar yer buat kak lin sekeluarga.

Kak Lin said...

Sabrina - Walaikumsalam...Terima Kasih Sab.

Kak Lin said...

MamaFami - Walaikumsalam...Kak Lin Amat Merhargai Setiap Doa Kalian Semua....

Kak Lin said...

MamaFami - Terima Kasih Mama

Kak Lin said...

Mamasya - Terima Kasih Diatas Ucapan Takziah Yg Diberikan...

Kak Lin said...

Hanieliza - Terima Kasih Kak Liza...Dan Terima Kasih Juga Sudi Menghubungi Lin Untuk Mengucapkan Takziah

Kak Lin said...

Nur - Terima Kasih Nur Diatas Doa Dan Ucapan Takziah Yang Di Berikan...

Kak Lin said...

Sabrina - Terima Kasih Sab....Diatas Ucapan Takziah Yang Di Berikan...

Kak Lin said...

Cik Wan - Terima Kasih Diatas Ucapan Takziah Dan Doa Yang Di Berikan...

Let's dine out said...

takziah utk klin sekeluarga

Kak Lin said...

Let's Dine Out - Terima Kasih