Wednesday, August 27, 2008

Mee Rebus Dan Award From Aishah

Assalamualaikum....
Award Ini Kak Lin Terima Daripada Aishah Terima Kasih.....Terima Kasih Dan Terima Kasih...Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Selamanya Walaupun Hanya Di Cyber.

Kak Lin Hadiahkan Pula Award Ini Kepada Mereka-Mereka Yang Kak Lin Sayangi..Agar Beliau Dapat Menjadikan Award Ini Sebagai Perhiasan Di Blog Atau Fp Beliau.


1) Ain
2) CikWan
3)
Zar
4) SL
5) Nur


Hari Sabtu Minggu Lepas Kak Lin Menerima 3 Orang Tetamu. Seorang Adik Angkat Kak Lin Yang Masih Belajar Di Trengganu.....Osri Dan Seorang Lagi Ajib Adik Angkat Kak Lin Yang Berada Disini Datang Dengan Kawannya Untuk Programkan Semula Komputer Kak Lin. Kak Lin Hidangkan Mereka Dengan Mee Rebus. Ringkas Dan Mudah Kot.....Hehehehehe

Sebenarnya Adik Angkat Kak Lin Yang Belajar Di Trengganu Tu Nak Balik Semula Ke Sana Setelah Habis Cuti Selama Seminggu. Jadinya Kak Lin Nak Kirimkan Biskut Semprit Untuk Ida Natrah Sebab Kak Lin Dah Janji Dengan Ida Natrah Kalau Kak Lin Ke Trengganu Kak Lin Akan Bawakan Biskut Semprit Kegemarannya.

Walaupun Kak Lin Tak Dapat Datang Kesana Tapi Idah Natrah Dah Dapat Merasai Biskut Semprit Yang Kak Lin Kirimkan......Terima Kasih Osri. Budimu Akan Tetap Di Kenang.




Bahan-Bahan:-


1 Kilo Mee Kuning
300 Gram Udang
5 Biji Cili Merah – Di Hiris
3 Keping Tahu Goreng – Di Hiris
3 Biji Telor Rebus – Di Belah 2
5 Biji Limau Kasturi
- Sedikit Taugeh
- Bawang Goreng
- Daun Bawang – Di Hiris


Bahan Kuah:-

5 Buku Keledek – Di Rebus Di Kisar Dengan Air
300 Gram Udang Kering – Di Kisar
100 Gram Serbuk Kari Daging
10 Biji Cili Kering
8 Ulas Bawang Putih
3 Batang Serai
1 Inci Halia


Cara Menyediakannya:-

Mee Di Bersihkan Dan Di Celur Dengan Air Panas. Kak Lin Masak Air Panas Tuangkan Di atas Mee. Cili Kering, Bawang Putih, Serai Dan Halia Di Kisar Kemudian Tumis Hingga Garing.

Masukkan Udang Kering Dan Serbuk Kari Daging. Masak Lagi. Akhir Sekali Masukkan Pula Air, Keledek Kisar, Udang, Garam Dan Gula. Biarkan Mendidih.

Masukkan Mee Ke Dalam Mangkuk, Bubuh Taugeh, Tahu, Telor Rebus, Bawang Goreng, Daun Bawang Dan Limau Kasturi. Tuangkan Kuah Diatasnya.



4 comments:

nur said...

salam kak leen, nur cuba antar message kat shoutbox tak boleh ler..dier keluar spam prevention.
Yang sini rasa nur okay gak nyer.
Testing...

mamasya said...

Salam K.Lin..dah dpt buka blog..tp tak boleh tinggal komen kat kotak sembang..dah 4-5 kali sent tak dpt. kena cuba kat sini pula.
tq juga sbb k.lin dah gantung award tu.kerja2 k.lin berkaitan dgn kewangan sama pulak bidang dg saya..bidang kew gak..kira duit org he..he.. anak2 kalau mandi-manda mmg seronokkan...napa tak berendam sama k.leen..he..he..
mee rebus tu hulurlah sepinggan sedapnya.....

Kak Lin said...

Nur - Walaikumsalam...Hehehehe...Blog Ni Berangin Kot....Angin Pus-Pus Sudah Beritup....Jangan Sampai Tsunami Dah Ler....Ahakss

Kak Lin said...

Mamasya - Walaikumsalam....Sama-Sama Kasih.....Kasih Mu Tersemat Di Hati....Hehehehe

Kak Lin Takut Sejuk.....Muhahahaha Itu Sebab Tak Berendam.....Sebab Masa Tu Baru Lepas Hujan.

Nanti Mama Datang Segamat Kak Lin Hidangkan Mee Rebus....Kenapa Mama Melangkah Kaki Kiri Kan Dah Habis Mee Rebus Tu....Ahakss