Friday, August 29, 2008

Ramadhan Yang Merdeka

Assalamualaikum.....

Dikesempatan Ini Kak Lin Ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang Mulia....Semoga Puasa Dan Amalan Kita Senantiasa Terperlihara Agar Di Berkati Oleh Allah Hendaknya.....Aminnnn

Sebelum Itu Kak Lin Ingin Memohon Ampuan Dan Maaf Kepada Semua Sahabat-Sahabat Kak Lin Baik Di Blog Mahupun Di Fotopages Dan Rakan-Rakan Rapat Kak Lin Jikalau Ada Salah Dan Silap Kak Lin. Al Maklumlah Kita Ni Manusia Biasa Yang Tak Lari Daripada Melakukan Kesalahan Atau Kesilapan Samaada Sengaja Atau Pun Tidak Maafkan Kak Lin Dunia Akhirat.

Ramadhan penghapus dosa di antara dua Ramadhan. Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda :
"Solat yang lima, dan Juma'at ke Juma'at berikutnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa-dosa diantaranya, jika dosa-dosa besar dijauhi."
( H.R. Muslim )


Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 51 Kak Lin Ingin Mengambil Kesempatan Disini Untuk Mengucapkan Salam Kemerdekaan Untuk Sahabat-Sahabat Kak Lin Di Blog Dan Fotopages.

Marilah Kita Sama-Sama Berdoa Semoga Negara Kita Maju Dan Makmur Senantiasa Demi Generasi Yang Akan Datang....Semoga Mereka Juga Akan Dapat Merasai Kenikmatan Dan Kemakmuran Yang Kita Rasai Selama Ini......Aminnnn. Jom Nyanyi......Hehehehe


Merahmu Bara Semangat Waja
Putihmu Bersih Budi Pekerti
Kuning Berdaulat Payung Negara
Biru Perpaduan Kami Semua

Puncak Dunia Telah Kau Tawan
Lautan Luas Telah Kau Redah
Membawa Semangat Jiwa Merdeka
Semarak Jaya Kami Warganya

Empat Belas Melintang Jalurnya
Semua Negeri Dalam Malaysia
Satu Suara Satu Semangat
Itu Sumpah Warga Berdaulat

Jalur Gemilang... Di Bawah Naunganmu
Jalur Gemilang... Kami Semua Bersatu
Perpaduan Ketaatan
Amalan Murni Rakyat Malaysia
Jalur Gemilang... Megah Kami Terasa
Jalur Gemilang... Kibarkanlah Wawasan
Merah Putih Biru Kuning
Jalur Semangat Kami Semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur Gemilang

6 comments:

Anonymous said...

selamat menyambut ramadhan, maaf zahir batin :) semoga ramadhan kali ni lebih bermakna utk kita semua

Kak Lin said...

LeeLin - Terima Kasih Lin....

Anonymous said...

Salam kak lin, sekarang dah senang
nak masuk rumah kak lin...suker tau nur kalau tak dulu cuma dapat cuci mata aje...tak dpt berborak ngan kak lin.

Selamat menyambut bulan ramadhan
buat kak lin sekeluarga dan nur juga pohon ampun dan maaf jika
ada kesalahan nur semasa memberi
komen atau pernah mengecilkan hati kak lin yea. Hadiah yg kak lin beri, nur dah siapkan tinggal tunggu hari Sabtu aje nak gantung.

MamaFaMi said...

Assalamualaikum Lin,

Selamat menyambut Ramadhan al Mubaraq buat Lin sekeluarga. Mohon maaf andai ada yang terkasar bicara. 0 - 0 ye...

Kak Lin said...

Nur - Walaikumsalam. Nur Tak Ada Salah Apa2 Pun. Terima Kasih Kerana Rajin Singgah Di Blog Kak Lin.

Kak Lin said...

MamaFami - Walaikumsalam. Tak Ada Yang Terkasar Pun Ma...