Saturday, August 2, 2008

Sambal Tempoyak

Sekarang Ni Telah Sampai Musim Buah-Buahan.....Termasuk Durian, Manggis, Rambutan, Pulasan Dan Lain-Lain Lagi. Inilah Durian Yang Kawan Kak Lin Beri......Sampaikan Dah Tak Termakan Punyalah Banyaknya.... Ada Yang Lebih Tu Kak Lin Buatkan Tempoyak Supaya Tidak Membazir.


Sambal Tempoyak - Resepi 1


Bahan-Bahan:-

4 Sudu Tempoyak
10 Biji Cili Padi
- Sedikit Garam

Cara Menyediakannya:-

Tumbuk Cili Padi Dan Garam. Kemudian Masukkan Tempoyak Dan Di Gaul Rata. Bolehlah Dihidangkan.



Sambal Tempoyak - Resepi 2

Bahan-Bahan:-

6 Sudu Tempoyak
10 Biji Cili Padi
2 Helai Daun Kunyit - Di Hiris
1 Biji Bawang Besar - Di Hiris
- Sedikit Garam
- Sedikit Air

Cara Menyediakannya:-

Tumbuk Cili Padi Dan Garam Masukkan Ke Dalam Kuali. Kemudian Masukkan Tempoyak, Sedikit Air, Bawang Dan Daun Kunyit. Masak Sehingga Pekat. Hidangkan.

3 comments:

MamaFaMi said...

Hehehe...ma tak reti makan tempoyak! CIncaluk pun tak reti. Nama je orang Melaka! Muahaha...

Kak Lin said...

MamaFami - Yang Tak Reti Makan Ni Kena Belajar Reti2kan....Ahakss. Kalau Kak Lin Masak Untuk Mama Kak Lin Masukkan Jer Tempoyak Ni Dlm Masakan...Lama2 Reti Ler....Wkakakaka....Baik Punya Kawan.....Kwang...Kwang...Kwang

kelleykatz said...

waktu masih di jakarta, saya tak tahu langsung apa itu tempoyak, apa itu cincaluk.
belacan tahu la..
sekarang kat Malaysia, sambal tempoyak ikan bilis dengan cili berapi dan cincaluk yang di perahkan limau..

mmmpphhhh... memang sedaaaappp