Friday, September 5, 2008

Daging Masak Kicap

Assalamualaikum....
Ini Pulak Daging Masak Kicap Sumber Daripada Blog Pak Cik Mat. Sedap Dan Amat Menyelerakan.....Tambahan Pulak Masakan Daging Ni Memang Kegemaran Anak-Anak Kak Lin...Laju Jerlah Mereka Makan.....Selalu Gear Dua Tapi Bila Makan Daging Masak Kicap Ni Dah Tukar Gear 5 Ahakss - Terima Kasih Pak Cik Mat.


Bahan-Bahannya :-


1 Kg Daging Batang Pinang, Potong Ketulan Sederhana Besar
1 Batang Kayu Manis
1 Kuntum Bunga Lawang
2 Biji Bawang Besar, Hiris Bulat
1 Biji Cili Merah, Hiris Nipis
1 Camca Besar Sos Lada Hitam
1 Camca Teh Serbuk Lada Hitam
2 Camca Besar Cili Kisar
3 Ulas Bawang Putih – Di Kisar Halus
1 1/2 Inci Halia – Di Kisar Halus
1 Cawan Kicap Manis
1 Camca Besar Jus Asam Jawa
1/2 Cawan Air
Hirisan Daun Bawang Untuk Hiasan

Cara Membuatnya:-

Panaskan Minyak, Tumis Bahan2 Kisar Bersama Kulit Kayu Manis Dan Bunga Lawang Hingga Wangi. Masukkan Cili Kisar Dan Sos Lada, Kacau Rata Dan Masak Hingga Terbit Minyak Dan Cili Garing. Masukkan Daging, Gaul Rata Dan Tuang Air.

Masukkan Kicap Dan Biar Mendidih Hingga Daging Lembut. Masukkan Jus Asam Jawa, Serbuk Lada Hitam, Hirisan Bawang Dan Cili. Kacau Rata Masak Hingga Bawang Lembut Dan Daging Empuk.

Rasa Dan Jika Ok, Boleh Diangkat Dan Taburkan Hirisan Daun Bawang Sebelum Dihidangkan Bersama Nasi Putih, Sambal Belacan Dan Ulam - Ulaman..

P/s:- Kak Lin Cuma Tambah Kentang. Setelah Daging Empuk Baru Kak Lin Masukkan Kentang.



4 comments:

cikwan said...

salam kak lin, best juga nmpk dagign kicap ni yer..dh lama saya x mkn daging blh buat ni nnt..hehhh..asben dan anak2 x sehat k.lin, penat btol jaga org sakit ni. malas nk fikir nk masak apa..ape yang nmpk jer..haaaa..kn dh nmpk gading kicap di rumah k.lin ni..

Kak Lin said...

CikWan - Walaikumsalam...Bila Tak Sihat Mesti Tak Ada Selera Nak Makan....

Ingat Nampak Daging Dlm Peti Sejuk...Rupanya Nampak Daging Dah Siap Masak Di Blog Kak Lin....Hehehehe

amy said...

salam perkenalan.....

rajin nyer u masak w/pun u kerja...

Kak Lin said...

Amy - Salam Perkenalan Juga Dari Kak Lin....Walaupun Bekerja Tetapi Memasak Itu Sebahagian Daripada Tanggungjawab Sebagai Seorg Isteri...

Samaada Nak Menunaikannya Atau Pun Tidak Terpulang Pada Diri Masing2. Kalau Nak Lebih Pahala Seharusnya Kita Menunaikan Segala Apa Yang Di Pertanggungjawabkan.