Thursday, September 11, 2008

Buah Melaka & Daging Goreng Ketumbar

Daging Goreng Ketumbar Ni Kegemaran Abang Kak Lin.....Kalau Beli Daging Sebahagian Daripadanya Mesti Di Goreng Begini. Resepinya Senang Dan Mudah.

Bahan-Bahan:-

1/2 Kilo Daging
100 Gram Ketumbar Biji
2 Inci Kunyit Hidup
4 Biji Bawang Putih
- Garam Secukupnya
- Sedikit Air

Cara Menyediakannya:-

Daging Di Potong Nipis-Nipis. Basuh Dan Toskan. Kisar Semua Bahan Dengan Sedikit Air Kemudian Gaulkan Keatas Daging Tadi.

Panaskan Minyak Dan Goreng Hingga Daging Keperang-perangan. Angkat Dan Hidangkan.


Ini Pula Buah Melaka Yang Mak Kak Lin Buat.......Bila Bulan Ramadhan Mak Kak Lin Suka Buat Kuih Ni.....Minggu Lepas Mak Ikut Kak Lin Balik Segamat.......Inilah Diantara Juadah Yang Di Hidangkan Untuk Berbuka Puasa....Apa Lagi Kak Lin Pun Ambil Kesempatan Untuk......Jadikannya Model Blog Kak Lin.....Ahakss......Baik Punya Anak......


Bahan-Bahan:-

2 Cawan Tepung Pulut
2 Ketul Gula Melaka
1/2 Biji Kelapa Muda Parut
- Sedikit Perwarna Hijau
- Sedikit Garam


Cara Membuatnya:-

Tepung Pulut Di Bancuh Dengan Air Sedikit Demi Sedikit Hingga Menjadi Doh. Ambil Sedikit Mengikut Saiz Yang Di Sukai.

Kemudian Bubuhkan Gula Melaka Di Tengahnya Dan Di Bulat-Bulatkan Menjadi Bola. Masak Air Hingga Mendidih Kemudian Masukkan Bebola Tepung Tadi.

Bila Bebola Tersebut Sudah Timbul Bolehlah Diangkat Dan Toskan.. Sesudah Itu Golek-golekkan Diatas Kelapa Parut Tadi. Hidangkan.


2 comments:

nur said...

berselera benar nur tengok menu yg
berpasangan ini...daging goreng tu sedap nampak nya bila digoreng bersama rempah ketumbar...asyik sekali....onde2@buah melaka memang febret nur..mkn panas2 amboi sedappp nyer..kalau kak leen lalu pun nur tak prasan.

Kak Lin said...

Nur - Daging Goreng Tu Kegemaran Abang....Dnde2 Tu Pun Memang Sedap...Buatnya Pun Senang....Tengok Tu Sedap Punya Pasal Sampai Tak Nampak Kak Lin...